Job Description

Ringkasan Tugas



Admin Assistant bertanggungjawab membantu operasi harian syarikat dengan fokus kepada tugasan pentadbiran, pengurusan inventori, penyelarasan stok, dan sokongan asas kepada bahagian jualan. Peranan ini memerlukan individu yang teliti, teratur, dan mampu mengurus data serta dokumen dengan cekap.

Tanggungjawab Utama



Mengurus, mengemaskini dan menyelenggara pangkalan data inventori syarikat (snacks & noodles). Melakukan pemeriksaan stok berkala dan menyediakan laporan inventori. Menyemak jumlah keluar masuk barang dari kilang ke stor dan memastikan rekod tepat. Menyediakan dokumen seperti invoice, delivery order (DO), quotation, dan rekod jualan asas. Menyokong operasi jualan dengan memastikan stok sentiasa cukup untuk pelanggan dan Shopee. Menyelaraskan penghantaran barang kepada pelanggan atau runner apabila perlu. Menjalankan tugasan pentadbiran lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

Keperluan & Kelayakan



Minimum SPM atau setaraf; diploma dalam pentadbiran/perniagaan adalah kelebihan. Kemahiran asas komputer (Microsoft Office / Google Workspace). Teliti dalam merekod data, rajin belajar, dan boleh bekerja secara berdikari. Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu (Bahasa Inggeris satu kelebihan). Berdisiplin, bertanggungjawab, dan mampu mengurus masa dengan baik. Fresh graduates dialu-alukan untuk memohon.

Prospek Kerjaya



Peluang kenaikan pangkat. Latihan dalaman berkaitan pengurusan data, inventori dan asas operasi syarikat. Pendedahan kepada industri makanan dan proses operasi sebenar.

Faedah Pekerjaan



Cuti tahunan, cuti sakit, dan cuti umum berbayar. Caruman KWSP & SOCSO mengikut undang-undang buruh Malaysia. Latihan dalaman untuk pembangunan kerjaya. Elaun tambahan (jika ada). Suasana kerja stabil, teratur dan menyokong perkembangan individu. Staff purchase untuk produk syarikat.

Lokasi:



Taman Segar Perdana, Cheras

Waktu Bekerja:



Isnin - Jumaat


Sabtu - Separuh Hari



Jenis Pekerjaan:



Sepenuh Masa

Job Types: Full-time, Fresh graduate

Pay: RM2,000.00 - RM3,000.00 per month

Benefits:

Free parking Opportunities for promotion Professional development
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1313193
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Cheras, M10, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned