JAWATAN: PENGURUSAN PEJABAT
Lokasi: Taman Melati Utama, Kuala Lumpur
Gaji: RM2,000 - RM2,800 sebulan (mengikut kelayakan dan pengalaman)
Tanggungjawab Utama
1. Pentadbiran & Pengurusan
Membantu Setiausaha serta Bendahari dalam urusan pentadbiran koperasi.
Menyusun, mengurus dan mengemaskini dokumen pejabat, laporan kewangan, rekod ahli serta fail mesyuarat.
Menyediakan surat-menyurat rasmi dan laporan berkala.
Mengatur, menyelaras serta membuat persiapan mesyuarat dan jadual aktiviti harian koperasi.
Menyokong tugasan berkaitan sumber manusia termasuk pengambilan, latihan dan pembangunan staf.
Membantu pengurus dalam pelaksanaan projek serta inisiatif baharu koperasi.
2. Kewangan
Membantu dalam penyediaan laporan kewangan koperasi.
Memantau dan mengurus aliran tunai masuk serta keluar.
Menyedia dan memastikan rekod transaksi kewangan disimpan dengan kemas serta tepat.
3. Promosi & Pemasaran
Menyokong pelaksanaan strategi pemasaran dan pengiklanan koperasi.
Menyertai aktiviti promosi bagi menarik ahli serta pelanggan baharu.
4. Perkhidmatan Pelanggan
Memberikan layanan profesional dan mesra kepada ahli koperasi.
Menjawab pertanyaan dan mengurus aduan dengan berkesan.
Kelayakan:
Diploma / Ijazah Sarjan Muda dalam Pentadbiran, Perniagaan atau bidang berkaitan.
Pengalaman bekerja dengan koperasi berdaftar SKM adalah satu kelebihan.
Kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik.
Mahir menggunakan komputer dan aplikasi pejabat (Microsoft Office, Google Workspace).
Mampu bekerja secara berdikari, menepati tarikh akhir dan bekerjasama dalam pasukan.
Kelebihan Menyertai Pasukan Kami:
Faedah Kerjaya & Pembangunan Profesional
Gaji kompetitif berdasarkan pengalaman dan kelayakan.
Peluang kenaikan pangkat serta pembangunan kerjaya.
Kenaikan gaji tahunan.
Bonus prestasi / sijil penghargaan.
Latihan atau kursus dalaman & luaran.
Potensi naik pangkat.
Faedah Kesihatan & Kesejahteraan
Pemeriksaan kesihatan tahunan.
Tuntutan perubatan individu / elaun perubatan.
Insurans hayat atau perubatan.
Akses faedah perubatan di semua cawangan Klinik Daddy.
Surau dan bilik rehat wanita yang selesa.
Kebajikan Keluarga & Sokongan Sosial
Cuti tahunan, cuti sakit & cuti Umrah.
Cuti Umrah khas untuk staf tetap.
Bantuan persekolahan anak.
Diskaun yuran pendidikan anak di MTSFAZ.
Hari keluarga & tabung kecemasan staf.
Aktiviti & Ganjaran
Makan malam tahunan.
Team building.
Aktiviti sukan & rekreasi.
Hadiah hari lahir & majlis doa selamat.
Pakaian korporat disediakan.
Kemudahan & Lokasi
Lokasi pejabat strategik: berhadapan KL East Mall, berhampiran BSN, klinik, kedai serbaneka & lif.
Caruman KWSP, SOCSO & SIP.
Berminat?
Hantar CV & portfolio ke:
? hrbwhsb@gmail.com / hrbrillianthealthcare@gmail.com
WhatsApp: +6018-2771019
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM2,000.00 - RM2,800.00 per month
Benefits:
Opportunities for promotion
Professional development
Work Location: In person
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.