Assistant Logistic Supervisor

Kuah, M02, MY, Malaysia

Job Description

Skop dan Tujuan Umum Kerja

Penolong Penyelia Logistik bertanggungjawab membantu Penyelia/Pengurus Logistik dalam menyelaras dan memantau operasi logistik harian termasuk pengangkutan, jadual penghantaran, pergudangan dan dokumentasi. Peranan ini memastikan proses logistik berjalan lancar, cekap dan kos efektif serta mematuhi dasar syarikat dan keperluan peraturan.

Tanggungjawab

1. Logistik & Pengangkutan

Membantu dalam merancang dan menyelaras pergerakan lori/trak harian serta jadual penghantaran. Memantau aktiviti pemuatan/pemunggahan kargo dan memastikan barangan dikendalikan dengan selamat. Menjejaki status penghantaran dan melaporkan sebarang kelewatan atau isu kepada penyelia. Membantu dalam perancangan laluan untuk menjimatkan penggunaan minyak dan masa penghantaran.
2. Penghantaran & Dokumentasi

Menyediakan dan menyemak dokumen penghantaran, delivery order, serta invois. Membantu dalam urusan pelepasan kastam, dokumen forwarding, dan pematuhan dengan peraturan pelabuhan/pengangkutan. Menyimpan rekod yang tepat bagi semua penghantaran masuk dan keluar.
3. Sokongan Pasukan & Penyelarasan

Menyelia pemandu, kelindan lori, dan pembantu gudang apabila diperlukan. Bertindak sebagai penghubung antara pasukan logistik, gudang, operasi, dan pelanggan. Membantu dalam pemantauan kehadiran, serta melaporkan isu kepada penyelia.
4. Kecekapan Operasi & Keselamatan

Memastikan semua aktiviti logistik mematuhi SOP keselamatan, sekuriti, dan dasar syarikat. Membantu memantau keadaan kenderaan dan menyelaras dengan pasukan penyelenggaraan untuk servis berkala. Melaporkan masalah operasi serta mencadangkan langkah penambahbaikan.
5. Pelaporan & Pentadbiran

Memastikan aktiviti pengangkutan, status penghantaran, dan prestasi penghantaran dilaporkan kepada penyelia Membantu penyelia memantau KPI seperti ketepatan masa penghantaran, kos bahan api, dan penggunaan fleet.
Job Type: Contract
Contract length: 12 months

Pay: RM1,800.00 - RM2,200.00 per month

Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD1264149
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Contract
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Kuah, M02, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned