Assistant Operations (pasir Gudang)

Pasir Gudang, M01, MY, Malaysia

Job Description

Pengurusan Operasi



Menyediakan laporan bulanan bagi Unit Kebersihan Am/ Unit Sisa Pepejal/ Unit Pusat Bandar/ Unit Selia Kontraktor/ Aduan Awam dan lain-lain yang berkenaan. Membantu melaksanakan kerja-kerja segera dan laporan khas yang diperlukan oleh Penyelia dan Eksekutif Operasi. Merekod laporan gotong royong dan aduan awam pada setiap bulan. Memastikan kawasan baru dimasuk dan direkod ke dalam Lembaran Kerja Harian, Laporan dan Jadual Operasi. Menyediakan minit mesyuarat apabila mesyuarat diadakan. Menyediakan laporan harian bagi pekerja-pekerja UKA/ USP/ UPB. Melaksanakan dan mengemaskini sistem SAP untuk barang-barang keperluan operasi, bengkel dan stor. Membantu Penyelia untuk membuka borang AKBK (Arahan Kerja Baikpulih Kenderaan) kepada pihak bengkel jika diperlukan. Menyediakan segala laporan yang berkaitan dengan Bahagian Bengkel. Berurusan dengan pihak GIS atas data tercicir, kawasan tambahan atau inventori yang meragukan dan mengemaskini pemetaan terkini kepada penyelia. Membantu dalam proses permintaan tong baru, kerosakan dan kehilangan tong, mengemaskini bilangan stok tong dan menyediakan laporan yang berkenaan kepada pihak Logistik jika diperlukan. Mengemaskini jadual operasi termasuk kawasan baru atau sebarang rombakan dan berurusan dengan pihak OPU. Melaporkan sebarang kemalangan yang melibatkan pekerja dan kenderaan syarikat dan menyediakan laporan ke dalam Sistem E-Nadopod. Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada pegawai atasan. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia



Berurusan dengan pihak Pentadbiran untuk kes cermin pecah dan membantu untuk merekodkan data di dalam sistem E-PLC jika diperlukan. Berurusan dengan pihak Pentadbiran untuk uniform pekerja dan membantu untuk mengemaskini data uniform di dalam sistem E-Uniform jika diperlukan. Membantu untuk menyediakan segala laporan yang berkaitan dengan pemprosesan gaji PRA atau Bahagian Sumber Manusia dan memastikan laporan dihantar pada masa yang ditetapkan. Menyediakan laporan kedatangan dan tuntutan kerja lebih masa PRA kepada pihak Sumber Manusia. Membantu serta menyemak tuntutan lesen memandu oleh pihak pemandu kepada pihak syarikat. Membantu Bahagian Sumber Manusia berhubung semua urusan berkaitan pekerja PRA di bawah unit UKA/ UPB/ USP. Menyediakan dokumentasi seperti Borang Penilaian Prestasi, surat pengesahan majikan, surat pembukaan akaun bank dan lain-lain kepada PRA jika diperlukan. Membantu Penyelia dalam menyediakan tuntutan SOCSO dan insurans syarikat. Aduan Awam, Notis KPI SWCorp & Laporan Halangan Kerja
Berurusan dengan pihak CRM untuk melaksanakan tugasan berikut jika diperlukan:
o??Pengendalian telefon dan aduan awam.
o??Pengendalian borang aduan awam dalam CRM Sistem.
o??Menyemak ketidakpatuhan KPI harian daripada pihak SWCorp melalui sistem.
o??Memasukkan laporan halangan kerja melalui sistem untuk makluman SWCorp.
o??Menyalurkan sms alert semua aduan awam kepada penyelia, ketua unit, Eksekutif Operasi dan Pentadbir Cawangan.
o??Menyerahkan borang aduan awam kepada penyelia.
o??Membuat susulan terhadap aduan awam dan kemaskini tindakan dalam sistem.

Job Type: Full-time

Pay: RM2,000.00 - RM2,200.00 per month

Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1230045
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Pasir Gudang, M01, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned