Atendan Letak Kereta (mbsj)

Subang Jaya, M10, MY, Malaysia

Job Description

SYARAT LANTIKAN :



Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) i. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii. Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii. Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15

tahun; dan

iv. Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui

dokumen-dokumen yang sah di sisi undang- undang dan bahan pembuktian terletak

sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c) i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

Kerajaan ; atau

ii. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau

iii. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau

Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta

mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan

menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

v. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan

yang diiktiraf setaraf dengannya dan

Syarat Lantikan Tambahan :-



d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :

i Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

iii Mempunyai ukuran indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik

nafas (lelaki sahaja);

v Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diujiberasingan dengan

ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

vi Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar;

viii Lulus pemeriksaan kesihatan pra-pekerjaan (pre-employment medical check-up);

ix Lulus ujian fizikal (physical test); dan

x Lulus semakan pihak berkuasa seperti PDRM, SPRM dan ujian anti-narkotik.

e) Calon bagi lantikan dengan kelayakan C(i), C(ii), C(iv) dan C(v) hendaklah memiliki Kepujian

(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Senarai Tugas dan Tanggungjawab:



1. Mengeluarkan kompaun ke atas kenderaan yang melanggar kesalahan di bawah Perintah

Pengangkutan Jalan Peruntukan Tempat Letak Kereta.

2. Melaksanakan tugas-tugas yang telah dijadualkan.

3. Menjaga peralatan yang dibekalkan sentiasa di dalam keadaan baik.

4. Melaksanakan apa-apa arahan yang diberi dari semasa ke semasa.

5. Menjalankan tugas di petak Tempat Letak Kereta.

Job Type: Full-time

Pay: RM1,700.00 - RM1,850.00 per month

Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1294227
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Subang Jaya, M10, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned