Untuk menerajui dan mengurus keseluruhan operasi pusat servis/bengkel secara strategik dan efisien, dengan menekankan kepuasan pelanggan, kecemerlangan perkhidmatan, serta pencapaian prestasi kewangan yang mampan (sustainable). Jawatan ini juga berperanan penting dalam memastikan pematuhan terhadap dasar syarikat dan peraturan semasa, pengurusan sumber manusia secara optimum, serta pembangunan berterusan terhadap mutu kerja dan prestasi pasukan.
Tanggungjawab Utama:-
1. Pengurusan Operasi
Menyelia operasi harian pusat servis bagi memastikan kecekapan, produktiviti, dan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).
Memastikan penggunaan maksimum ruang bengkel serta memantau kecekapan kehadiran juruteknik secara bulanan.
Mengekalkan amalan 5S untuk persekitaran kerja yang bersih dan teratur.
2. Prestasi Kewangan
Mencapai sasaran bulanan dari segi bilangan kenderaan masuk, jualan servis, keuntungan kasar, perbelanjaan dan keuntungan bersih.
Memantau dan mengurangkan baki tertunggak daripada pemiutang.
Mengurus belanjawan bengkel, perancangan tahunan dan pengagihan sumber.
3. Hubungan Pelanggan
Menangani aduan pelanggan yang rumit dan memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan.
Memastikan semua maklum balas pelanggan ditangani dengan dokumentasi dan perbincangan yang sewajarnya bersama pengurusan.
Mewujudkan budaya kerja yang berfokuskan pelanggan melalui bimbingan kepada kakitangan.
4. Jaminan Kualiti
Mengurangkan kes kerja ulangan (Come Back Jobs) dan memastikan semua kes dikendalikan mengikut SOP.
5. Pengurusan Alat Ganti & Inventori
Mengekalkan stok alat ganti, peralatan, pelincir dan kelengkapan bengkel dalam keadaan baik.
Menyelesaikan segera isu alat ganti Vehicle Off Road (VOR)dan mengurus stok lambat atau mati melalui platform digital atau promosi.
6. Sumber Manusia & Pembangunan Pasukan
Memimpin, menyelia dan memotivasikan ahli pasukan ke arah pencapaian matlamat prestasi bersama.
Menyediakan perancangan tenaga kerja tahunan, analisa keperluan latihan, dan perancangan cuti (untuk dihantar sebelum Februari setiap tahun).
Memantau kehadiran staf, cuti sakit dan menyelaras dengan pihak HR untuk kemas kini.
Memastikan juruteknik dan kakitangan servis/bengkel mendapat latihan teknikal yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi.
Merekrut, menyelia dan memotivasikan pasukan berprestasi tinggi.
Tetapkan sasaran prestasi individu dan pastikan semakan prestasi tepat pada masanya.
Menggalakkan budaya yang selamat, inklusif dan result-drivendi cawangan.
7. Keperluan Alat
Mengenal pasti dan mengemukakan keperluan bagi alatan atau peralatan baharu.
8. Pematuhan Peraturan
Berurusan dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang dan garis panduan yang berkaitan.
Menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan denda atau ketidakpatuhan.
9. Komunikasi & Pelaporan
Berkomunikasi secara berkala dengan staf bawahan dan pihak pengurusan untuk perkongsian maklumat, penyelesaian isu serta pelaksanaan strategi penambahbaikan.
Memberi makluman berkala mengenai produk baharu, berita syarikat dan kempen kepada semua kakitangan.
10. Lain-lain
Memantau urusan pembelian, perolehan dan pembaikan peralatan daripada pembekal sebelum pembayaran dibuat.
Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pihak syarikat, pengurusan atau pihak atasan.
, result-driven*, analitikal serta menunjukkan tahap inisiatif, disiplin dan dorongan diri yang tinggi. Seorang yang
proaktif, berdaya usaha dan mampu bekerja secara berdikari
dengan kebolehan membuat keputusan yang baik.
Mempunyai
kemahiran kepimpinan yang kuat
, kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik, mampu berinteraksi di semua peringkat serta bekerja sebagai ahli pasukan & perkhidmatan pelanggan.
Pengalaman dalam
industri automotif (paint & body works)
akan dianggap sebagai satu
kelebihan
.
Job Types: Full-time, Permanent, Fresh graduate
Benefits:
Health insurance
Maternity leave
Opportunities for promotion
Ability to commute/relocate:
Bangi: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Preferred)
Education:
STM/STPM (Preferred)
License/Certification:
B2/ D (Preferred)
Willingness to travel:
100% (Preferred)
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.