Menjalankan kerja-kerja pembersihan asas seperti menyapu, mop, dan vakum lantai di seluruh kawasan kediaman termasuk bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dan laluan.
Mengelap habuk serta membersihkan permukaan perabot, meja, rak, pintu, tingkap, dan hiasan dalaman bagi memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih.
Membersihkan dan mengemas bilik tidur termasuk menukar cadar, sarung bantal serta memastikan keadaan bilik teratur (jika diarahkan).
Membersihkan ruang tamu dan ruang makan dengan memastikan perabot, permaidani, dan peralatan hiasan bebas daripada debu dan kotoran.
Membersihkan bilik air termasuk sinki, tandas, shower, lantai, jubin, dan cermin dengan menggunakan bahan pencuci yang sesuai.
Menjaga kebersihan dapur dengan mengelap countertop, kabinet, sinki, peralatan memasak serta memastikan tiada sisa makanan atau bau kurang menyenangkan.
Menguruskan pembuangan sampah dengan mengutip, mengikat, dan membuang sampah ke tempat yang ditetapkan serta memastikan tong sampah bersih dan berlapik.
Membersihkan tingkap, cermin, kipas, lampu, dan permukaan tinggi secara berkala bagi mengekalkan keadaan rumah yang rapi dan teratur.
Menyapu halaman kecil, patio, atau balkoni serta membersihkan perabot luar rumah sekiranya diperlukan.
Mematuhi etika kerja dengan menjaga kerahsiaan, privasi, dan keselamatan rumah majikan serta melaporkan sebarang kerosakan atau kekurangan peralatan pembersihan.
Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Job Types: Part-time, Temporary
Pay: From RM8.70 per hour
Work Location: In person
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.