Compliance Executive(sop & Process Documentation)

Kota Bharu, M03, MY, Malaysia

Job Description

PERANAN & TUGAS TERPERINCI

1. Pembangunan & Pengurusan SOP Peranan Utama:
Membina, menyelaras, dan menyelenggara semua SOP syarikat supaya ia selaras dengan undang-undang, piawaian industri, dan keperluan operasi.

Tugas Terperinci:
Mengenal pasti semua proses kerja di setiap jabatan (contoh: jualan, projek, kewangan, HR dsb).

Berbincang dengan Ketua Jabatan (HOD) untuk memahami aliran kerja sebenar (workflow).

Membuat draf SOP yang mengandungi tujuan, skop, tanggungjawab, langkah kerja, dan rekod yang diperlukan.

Menyediakan Master SOP Register lengkap dengan kod SOP, tarikh kuat kuasa, dan versi dokumen.

Menyimpan dokumen SOP secara fizikal dan digital dengan version control untuk elakkan kekeliruan.

Menyemak dan mengemas kini SOP setiap 6-12 bulan atau bila ada perubahan undang- undang/operasi.

Contoh Dokumen: SOP Pengurusan Tapak Bina, SOP Penutupan Jualan, SOP Audit Dalaman.

2. Pengurusan ISO atau Audit Dalaman

Peranan Utama:

Menyelaras sistem pengurusan kualiti seperti ISO 9001 (kualiti), ISO 14001 (alam sekitar), ISO 45001 (keselamatan & kesihatan pekerjaan).

Tugas Terperinci:
Menyediakan dokumentasi ISO seperti Manual Kualiti, Prosedur, dan Rekod.

Merancang audit dalaman - menetapkan tarikh, auditor, dan ruang lingkup.

Mengendalikan audit dalaman bagi setiap jabatan untuk mengesan Non-Conformance Report (NCR).

Menyediakan pelan pembetulan (Corrective Action Plan) dan memastikan ia dilaksanakan.

Menjadi penghubung dengan auditor luar sewaktu audit pensijilan.

Contoh Dokumen: Laporan Audit Dalaman, NCR Register, Audit Plan.

3. Pemantauan Pelaksanaan SOP Peranan Utama:
Memastikan semua staf benar-benar melaksanakan kerja mengikut SOP yang diluluskan.

Tugas Terperinci:
Melakukan lawatan tapak atau pemeriksaan jabatan secara mengejut.

Menilai sama ada proses sebenar di tapak/jabatan sama dengan dokumen SOP.

Mengeluarkan laporan pematuhan SOP dan mencadangkan penambahbaikan.

Mengurus laporan ketidakpatuhan (jika SOP tidak dipatuhi).

Contoh Dokumen: Laporan Audit Pematuhan SOP, Senarai Semakan Tapak.

4. Latihan & Kesedaran Pematuhan Peranan Utama:
Memastikan semua pekerja faham dan mampu melaksanakan SOP.

Tugas Terperinci:

Menyediakan modul latihan SOP dan pematuhan undang-undang.

Mengendalikan sesi induksi pematuhan untuk pekerja baru.

Mengedarkan panduan ringkas (quick reference guide) seperti infografik atau poster.

Mengadakan latihan berkala, terutamanya selepas SOP dikemas kini.

Contoh Dokumen: Modul Latihan Pematuhan, Rekod Kehadiran Latihan.

5. Laporan & Komunikasi dengan Pengurusan
Peranan Utama:

Memberi maklumat kepada pengurusan tentang tahap pematuhan syarikat.

Tugas Terperinci:
Menyediakan laporan bulanan/berkala tentang status pematuhan, kemajuan pembinaan SOP, dan hasil audit.

Memberi cadangan tindakan pembetulan kepada pengurusan.

Melaporkan risiko ketidakpatuhan yang boleh memberi kesan kepada syarikat.

Contoh Dokumen: Monthly Compliance Report, Risk & Compliance Dashboard.

Job Type: Full-time

Pay: RM2,500.00 - RM2,800.00 per month

Benefits:

Opportunities for promotion Professional development
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1401588
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Kota Bharu, M03, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned