ANDA CANTIK DAN SELALU MEMBUAT CONTENT DI DALAM TIK TOK ANDA SENDIRI? KAMI AKAN AMBIL ANDA BEKERJA. PASTI! Ringkasan Pekerjaan: Sebagai Content Creator di Feodora Marketing Sdn Bhd, anda akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan trafik di Media Sosial kami melalui kandungan visual yang menarik di pelbagai platform media sosial, terutamanya TikTok, Facebook, dan Instagram. Kreativiti dan minat anda dalam membantu pelanggan yang mempunyai masalah rambut akan membantu meningkatkan lagi keberkesanan dalam hal ini. Deskripsi Tugas adalah seperti berikut: \xc2\xb7 Menghasilkan kandungan yang memukau dan visual yang menarik, termasuk imej, video, dan klip pendek, untuk mempamerkan produk syarikat dan berinteraksi dengan audiens sasaran syarikat melalui komen atau mesej dengan berkesan. \xc2\xb7 Mengurus dan menyusun akaun TikTok, Facebook, dan Instagram kami, memastikan jadual pengeposan yang konsisten dan imej jenama yang mengikut standard. \xc2\xb7 Berkomunikasi bersama pelanggan melalui media sosial termasuk tetapi tidak terhad kepada Whatsapp, Facebook Pages, Tik Tok dan lain-lain. \xc2\xb7 Membantu dalam membuat kandungan di media sosial dengan lebih baik dan mengembangkan jenama syarikat melalui perkara tersebut. \xc2\xb7 Terlibat secara aktif dengan pengikut di Media Sosial, memberi respons kepada komen, dan membina komuniti yang menyukai jenama syarikat. \xc2\xb7 Memberikan idea kreatif untuk meningkatkan dan menambah baik aliran kerja. \xc2\xb7 Memantau prestasi sesi siaran langsung di Media Sosial. \xc2\xb7 Sentiasa mengikuti aliran trend media sosial yang terkini untuk membuat kandungan yang berkaitan dengan audiens sasaran kami. \xc2\xb7 Menjalankan sebarang tugasan lain yang diberikan oleh pihak atasan. Kelayakan: \xc2\xb7 Kelayakan minimum SPM. \xc2\xb7 Minimum 1 tahun pengalaman berkaitan. \xc2\xb7 Calon yang berpengalaman sebagai Content Creator adalah diutamakan. \xc2\xb7 Pengalaman dalam menguruskan media sosial seperti TikTok, Facebook, dan platform lain yang berkaitan adalah satu kelebihan. \xc2\xb7 Mampu bekerja dalam satu pasukan dan secara individu. \xc2\xb7 Bersikap positif dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. \xc2\xb7 Bersedia bekerja luar dari waktu kerja (termasuk hujung minggu dan cuti). \xc2\xb7 Mempunyai perwatakan yang CANTIK dan MENARIK. \xc2\xb7 Penggemar fesyen, kreatif, dan kemahiran analisis yang baik. KELEBIHAN BEKERJA DI FEODORA MARKETING SDN BHD: 1. LATIHAN BAGI MEMBUAT KERJA AKAN DIBERIKAN SEPENUHNYA OLEH SYARIKAT. KAMI SUPPORT ANDA.
2.Suasana tempat kerja yang selesa dan ceria.
3.Mempunyai rakan kerja yang saling membantu.
4.Tuntutan perubatan disediakan.
5.Syarikat menyediakan telefon bimbit (handphone) dan pemberian kredit telefon (topup).
6.Bonus dan insentif bulanan akan diberikan kepada pekerja yang cemerlang.
7. Hadiah percutian dan wang tunai secara tahunan kepada pekerja yang cemerlang.
8. Aktiviti bulanan pekerja seperti bowling, menonton wayang dan badminton.
9. Ketua Jabatan yang sentiasa memberi sokongan ceria kepada anda. Job Type: Full-time Salary: RM1,500.00 per month Benefits:
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.