Menjemput dan menghantar majikan ke lokasi yang ditetapkan mengikut jadual harian.
Menghantar anak, ahli keluarga atau staf majikan apabila diarahkan.
Menyediakan kenderaan setiap pagi (panaskan enjin, semak keadaan kereta, pastikan bersih).
Memastikan perjalanan berjalan lancar, selamat dan mengikut masa.
2. Penyelenggaraan Kenderaan
Melakukan pemeriksaan asas harian: minyak enjin, air radiator, tekanan tayar, lampu, bateri, brek.
Mengurus servis berkala: 5,000/10,000 km, alignment, balancing.
Menjaga kebersihan dalaman dan luaran kereta pada setiap masa.
Memaklumkan majikan jika ada kerosakan atau bunyi luar biasa.
Menguruskan pembaikan kecil dan menghadiri bengkel apabila diarahkan.
3. Etika & Profesionalisme
Mematuhi undang-undang jalan raya dan pemanduan berhemah.
Menjaga kerahsiaan perbualan, lokasi perjalanan, dan apa sahaja mengenai majikan.
Menepati masa dan sentiasa bersedia sebelum waktu bertugas.
Berpakaian kemas, bersih dan sopan.
Mengelakkan penggunaan telefon semasa memandu kecuali untuk navigasi.
4. Sokongan & Tugas Tambahan
Menolong majikan membawa barang, dokumen atau peralatan.
Menguruskan penghantaran pos, barang syarikat, atau dokumen penting.
Menjadi 'runner' majikan apabila diperlukan (bayar bil, ambil barang, urusan pejabat).
Memantau keadaan trafik dan mencadangkan laluan alternatif.
5. Waktu Bertugas
Mengikut masa yang dipersetujui majikan (contoh: 8.00 pagi - 6.00 petang).
Sedia bekerja lebih masa untuk perjalanan luar waktu pejabat atau hujung minggu.
Perjalanan luar kawasan sekiranya diarahkan (dengan elaun perjalanan).
6. Laporan & Rekod
Menyimpan rekod servis kereta, tol, parking dan minyak.
Menyerahkan semua resit berkaitan untuk tuntutan.
Melaporkan insiden atau kemalangan dengan segera kepada majikan.
Job Type: Full-time