Ditubuhkan pada tahun 2016, Terra Drone Corporation merupakan peneraju dalam teknologi dron dan Mobiliti Udara Bandar (UAM) dengan misi "Unlock the Sky". Kami komited untuk mencipta masa depan yang makmur dengan "menyeberangi" jambatan--menggabungkan pelbagai bidang untuk memupuk inovasi dan mencari penyelesaian baharu.
Terra Drone Agri telah diambil alih dan dijenamakan semula oleh Terra Drone Corporation pada tahun lalu. Kami kini sedang mencari individu yang berpengalaman dan profesional untuk menyertai pasukan kami. Kami sedang mencari Juruterbang Dron (Drone Pilot) yang berbakat dengan tanggungjawab untuk mengendalikan dron dengan betul, menjalankan ujian keselamatan, memantau prestasi peralatan, dan menilai keupayaan sistem dron. Pemahaman tentang tujuan penerbangan dan sebarang peralatan khas yang digunakan juga amat penting.
Mengendalikan dron mengikut jenis kerja berdasarkan SOP yang ditetapkan
Memproses data yang diperoleh daripada operasi dron
Menjalankan penyelenggaraan harian, mingguan, dan bulanan ke atas dron
Memahami dan mematuhi semua peraturan dan undang-undang berkaitan operasi penerbangan dron
Berkomunikasi dengan pihak dalaman dan luaran berkaitan aktiviti dron
Berkoordinasi dengan pasukan kejuruteraan bagi isu-isu berkaitan teknikal
Keperluan:
Ijazah Sarjana Muda dalam apa-apa bidang, diutamakan dalam bidang Aeroangkasa, Aeronautik, Sains Geomatik atau bidang berkaitan
Mempunyai pengalaman bekerja di tapak projek (on-site)
Mempunyai pengetahuan asas dalam pengendalian dron
Memiliki sijil pengendalian dron (RCOC-B) adalah satu kelebihan
Memahami komponen sistem UAV secara umum
Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana lokasi di Malaysia
Job Type: Contract
Pay: RM1,700.00 - RM2,500.00 per month
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.