Eksekutif (gis)

Nusajaya, M01, MY, Malaysia

Job Description

PENEMPATAN LOKASI BEKERJA



PDT Asset Sdn Bhd (PDTA), Kota Iskandar.

Bahagian : Perancangan dan Geospatial (GPD)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB



1. Merancang, mencadangkan dan melaksanakan inisiatif strategik serta cadangan nilai (value propositions) bagi memanfaatkan peluang perniagaan baharu yang selari dengan objektif serta hala tuju strategik syarikat.

2. Menyelaras penyediaa, penyimpanan dan pengemaskinian pangkalan data maklumat hartanah miik PDT dan SSI dalam bentuk spatial dan digital, termasuk menjalankan lawatan tapak serta menyediakan laporan status semasa tanah sebagai dokumen rujukan rasmi jabatan bagi penyediaan kertas perakuan.

3. Menjalankan pemprosesan data spatial dan analisis GIS untuk tujuan penyediaan pelaporan teknikal, peta interaktif, serta sokongan keputusan pengurusan dan perancangan pembangunan tanah.

4. Menyelaras serta melaksanakan program pemantauan tanah secara sistematik dengan menyediakan jadual berkala bagi mengelakkan pencerobohan, salah guna atau ketidakpatuhan di atas tanah milik PDT dan SSI.

5. Menyelaras dan menguruskan lawatan tapak bersama pihak prospek untuk tujuan pajakan, sewaan atau pembangunan tanah, termasuk menyediakan dokumentasi ringkas sebagai sokongan teknikal.

6. Menyediakan Ringkasan Eksekutif Tanah dan maklumat teknikal lain bagi tujuan pertimbangan Ketua Jabatan, pengurusan tertinggi PDT dan SSI, serta sebagai rujukan Ahli Lembaga Pengarah PDT dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.

7. Menyelaras program kerjasama rentas agensi bersama pihak kerajaan dan swasta, bagi memastikan maklumat rasmi yang diperoleh adalah sahih, tepat dan selaras dengan keperluan pentadbiran tanah.

8. Menyediakan, menyelaras dan membentangkan maklumat teknikal tanah secara berkesan, informatif dan sejajar dengan penggunaan teknologi semasa, termasuk memberi syor teknikal kepada anak syarikat PDT sekiranya diperlukan.

9. Melaksanakan tugasan khas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan PDT dan SSI dari semasa ke semasa, meliputi urusan teknikal, pentadbiran dan perancangan strategik mengikut keperluan jabatan.

SYARAT DAN KELAYAKAN



1. Warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada individu yang berasal dari Johor;

2. Memiliki kelayakan minima

Ijazah Sarjana Muda

pengkhususan

Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian) / Sains Ukur dan Geomatik (GIS) / Lain-lain berkaitan

yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai ilmu pengetahuan tentang

penyediaan pelan tanah, asas alat ukur tanah

;

3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya

TIGA (3)

tahun di dalam bidang berkaitan;

4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;

5. Mahir dalam kerja - kerja di lapangan (Site Work) dan penyediaan pelan tanah;

6. Mempunyai kemahiran dalam perisian seperti Microsoft Office 365, Agisoft Metashape, AutoCAD, MAPInfo;

7. Kemahiran dalam pengendalian perkakasan dan perisian dron seperti DJI Terra, Drone Pilot Mapping amat digalakkan.

GAJI DAN POTONGAN



1. Purata gaji RM4,000.00 hingga RM5,000.00 sebulan;

2. Potongan KWSP, SOCSO dan EIS.

Job Types: Full-time, Contract
Contract length: 24 months

Pay: RM4,000.00 - RM5,000.00 per month

Benefits:

Additional leave Dental insurance Free parking Health insurance Maternity leave Opportunities for promotion Professional development
Work Location: In person

Application Deadline: 11/06/2025
Expected Start Date: 11/24/2025

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1255283
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Nusajaya, M01, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned