JAWATAN KOSONG: GURU PEMULIHAN (Projek Pemulihan 3M - Johor Bahru)
Malaysia Education Aspiration Movement (MEAM) sedang membuka peluang kerjaya kepada individu yang berdedikasi dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami sebagai Guru Pemulihan bagi Projek Pemulihan 3M di Johor Bahru.
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Jawatan: Eksekutif Pendidikan
Jenis Jawatan: Kontrak & Sepenuh Masa
Lokasi: Johor Bahru
KELAYAKAN AKADEMIK
Keutamaan diberikan kepada graduan yang memiliki latar belakang berikut:
1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pemulihan Pendidikan Rendah) atau setara;
2. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau setara;
3. Mana-mana ijazah yang diiktiraf oleh MQA dan bersesuaian dengan bidang pendidikan.
KRITERIA CALON
1. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam pemulihan 3M (Membaca, Menulis & Mengira)
2. Aktif dalam kerja kemanusiaan dan kesukarelawanan
3. Mahir menggunakan Microsoft Office, Canva dan mempunyai kemahiran asas dalam penghasilan video
4. Mempunyai etika kerja yang tinggi, disiplin, dan mampu bekerja dengan bimbingan yang minima
5. Bersedia berkhidmat di Johor Bahru
FAEDAH
Caruman KWSP dan PERKESO disediakan
Peluang menyertai inisiatif pendidikan berimpak sosial bersama MEAM
CARA MEMOHON
Hantarkan Curriculum Vitae (CV) anda ke:
aspirasi@meam.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
14 November 2025
Job Types: Full-time, Contract, Fresh graduate
Contract length: 12 months
Pay: RM1,800.00 - RM2,100.00 per month
Benefits:
Flexible schedule
Professional development
Work Location: In person
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.