LOKASI: No. 19, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak, Batu Caves, 68100 Selangor Darul Ehsan.
Kelayakan:
Minimum Diploma dalam Perakaunan / Pendidikan (Perakaunan) / bidang berkaitan.
Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam Perakaunan / Pendidikan merupakan satu kelebihan.
Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
Berupaya menyampaikan PdP secara jelas, tersusun dan menarik.
Mampu menggunakan ICT serta perisian berkaitan perakaunan sebagai alat bantu pembelajaran.
Tanggungjawab:
Mengendalikan PdP subjek Perakaunan dengan menggunakan strategi pedagogi yang sesuai bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai.
Melaksanakan penilaian dan pentaksiran untuk memantau perkembangan serta prestasi murid.
Menyediakan latihan, bahan pembelajaran dan aktiviti yang membantu murid menguasai konsep asas hingga lanjutan perakaunan.
Mengurus dan menyelaras aktiviti kokurikulum berkaitan bagi meningkatkan minat serta potensi murid.
Membantu pengurusan hal ehwal murid bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara.
Menyokong pelaksanaan program serta inisiatif sekolah bagi peningkatan kualiti pembelajaran.
Mengaplikasikan teknologi dan perisian terkini dalam PdP Perakaunan.
Terlibat dalam aktiviti bimbingan, pementoran dan pembangunan profesional secara berterusan.
Melaksanakan tugasan sampingan profesional atau bukan profesional mengikut keperluan semasa.
Faedah:
? Peluang meneroka kreativiti dalam penyediaan bahan PdP
? Persekitaran kerja yang positif serta menyokong perkembangan kerjaya
? Kenaikan gaji & pangkat berdasarkan prestasi
? Gaji yang kompetitif mengikut pengalaman dan kelayakan