JAWATAN KOSONG: GURU PENDIDIKAN KHAS (SEN TEACHER)
Lokasi: Bright Berries, Taman Melati Utama, Kuala Lumpur
Gaji: RM2,000 - RM2,500 (bergantung pada pengalaman & kelayakan)
Waktu Bekerja: Isnin - Jumaat | 7:45 pagi - 5:30 petang
Sertai Keluarga Bright Berries!
Adakah anda seorang yang penyayang, sabar dan bersemangat untuk membantu anak-anak istimewa mencapai potensi penuh mereka? Kami sedang mencari individu seperti anda untuk menyertai pasukan kami!
Tanggungjawab:
Mengajar dan membimbing murid berkeperluan khas (autisme, ADHD, dan lain-lain).
Merancang dan melaksanakan Pelan Pembelajaran Individu (IEP) secara menyeronokkan dan berkesan.
Bekerjasama dengan ibu bapa, guru dan ahli terapi untuk menyokong perkembangan pelajar.
Membantu membina keyakinan diri, kemahiran sosial dan kebolehan kendiri pelajar.
Kelayakan:
Diploma atau Ijazah dalam Pendidikan Khas, Psikologi, atau Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pengalaman bekerja dengan kanak-kanak berkeperluan khas merupakan satu kelebihan
Bersikap sabar, penyayang, dan positif
Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik
Faedah & Kelebihan:
Gaji menarik + bonus prestasi
Latihan & pembangunan kerjaya disediakan
Faedah perubatan, KWSP, SOCSO & EIS
Cuti tahunan dan cuti sakit
Lokasi strategik - berhampiran LRT Gombak & KL East Mall
Persekitaran kerja yang mesra, positif & menyokong
Hantar resume anda ke: hrbwhsb@gmail.com / hrbrillianthealthcare@gmail.com
WhatsApp: +6018-2771019
Jom sertai Bright Berries dan bantu anak-anak istimewa bersinar dengan potensi mereka!
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
Opportunities for promotion
Professional development
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.