Memastikan pelajar mahir dan boleh membaca buku bacaan Bacalah Anakku, Read Easy dan Jawi Al-Fateh mengikut masa dan waktu kemasukan pelajar ke tadika.
Menggunakan alat bantu mengajar (ABM) digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut silibus 4, 5 dan 6 tahun.
Memastikan setiap kelas berada di dalam keadaan seronok dan menarik semasa aktiviti permainan bersama pelajar dengan mengikut kesesuaian tahap pelajar.
Memastikan setiap kelas dan kawasan tadika berada dalam keadaan bersih, selamat dan cantik bertujuan untuk menarik pelajar untuk hadir ke sekolah.
Memastikan pelajar mampu menghafal beberapa surah dan akhlak terbaik mengikut tahap 4, 5 dan 6 tahun.
Memastikan penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa utama semasa bertugas.
Sentiasa memastikan kehadiran kelas pelajar penuh sebanyak (90% - 100%) pada setiap hari dan perlu mengisi rekod kehadiran ke dalam rekod kedatangan dan jika tidak mencapai (90% - 100%) guru perlu mengetahui sebab tidak hadir.
Bertanggungjawab memastikan pelajar mencapai tahap standard di dalam pembacaan buku harian dan akademik.
Rekod bacaan, kehadiran pelajar dan rancangan pengajaran harian (RPH) perlu di isi di dalam portal pelajar setiap hari.
Sentiasa melakukan perjumpaan bersama ibu bapa dengan mengisi rekod pertemuan guru bersama ibu bapa untuk berbincang mengenai prestasi atau masalah yang dihadapi oleh pelajar.
Memastikan kutipan yuran bulanan untuk setiap pelajar terutama guru kelas perlu penuh "status membayar" mengikut masa yang telah ditetapkan.
Membantu operasi jualan pad waktu sales dan pada waktu kemuncak sales iaitu pendaftaran pelajar baru.
Menguruskan dan menyediakan agenda bagi mesyuarat pengurus.
Memberi maklumbalas berkenaan hal operasi dari masa ke semasa kepada ketua jabatan dan kumpulan yang berkenaan.
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas pembersihan dan penyediaan makanan pelajar.
Kelayakan:
Minimum SPM
Memiliki sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM
Memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh IPTA/IPTS
Mempunyai 1 tahun pengalaman sebagai guru tadika
Mempunyai kenderaan sendiri