Kami sedang mencari individu yang penyayang, berdedikasi dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami sebagai
Guru Taska
.
Jika anda bersemangat membantu perkembangan kanak-kanak dalam suasana yang positif dan selamat, kami ingin berkenalan dengan anda.
1. Hari & Waktu Bekerja
5 hingga 6 hari seminggu
Hujung minggu: separuh hari (mengikut jadual bergilir)
Cuti umum: tidak bekerja (tertakluk kepada cawangan)
Bagi cawangan di hospital:
Sistem rotasi syif petang, malam, hujung minggu dan cuti umum
Bayaran kerja lebih masa (OT) disediakan bagi kerja syif dan cuti umum
2. Kelayakan & Syarat
Keperluan asas:
Pemeriksaan kesihatan
Suntikan Typhoid
Kursus pengendalian makanan
Kursus CPR / Pertolongan cemas asas
Kelebihan:
Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak / Sijil KAP
Pengalaman mengurus bayi dan kanak-kanak
Ciri peribadi yang dicari:
Bertanggungjawab dan berdisiplin
Rajin, jujur dan berkomunikasi dengan baik
Mampu bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan
3. Skop Kerja
Menjaga dan menguruskan bayi serta kanak-kanak bersama guru lain
Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran harian
Menyediakan dan mengisi RPH, RPA, log harian serta rekod perkembangan kanak-kanak
Menjaga kebersihan, keselamatan dan susun atur persekitaran bilik taska
4. Kelebihan Tambahan
Tempat tinggal disediakan untuk cawangan tertentu (bagi calon yang tinggal jauh)
Peluang penempatan semula ke cawangan lain di Pulau Pinang dan Kedah bergantung kepada keperluan operasi
5. Cara Memohon
Calon yang berminat diminta menghantar resume dan akan dijemput ke sesi temuduga yang akan dimaklumkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Teacher Dillah: 011-2401 4528
Sertai kami di Rangkaian Pintar
Bersama membina masa depan ceria untuk kanak-kanak dalam suasana penuh kasih sayang dan keselamatan.
Additional leave
Opportunities for promotion
Professional development
Application Question(s):
Adakah anda sudah berkahwin? Jika ya adakah anda sudah mempunyai anak?
Adakah anda mempunyai lesen kenderaan? Jika ya nyatakan lesen kenderaan anda.
Bilakah anda boleh mula bekerja?
Adakah anda mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak/bayi? Jika yaa sila nyatakan tempoh pengalaman dan umur kanak-kanak yg anda pernah jaga.
Adakah anda menpunyai pengalaman mengendalikan kanak-kanak istimewa? (ADHD, autism, speech delay/ down syndrome)
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.