JOB DESCRIPTION: HOST LIVE (TIKTOK / SHOPEE LIVE)Jawatan:
Host Live
Jabatan:
Marketing / Sales
Laporan Kepada:
Manager / Owner
TUGAS & TANGGUNGJAWAB UTAMA1. Mengendalikan Live Streaming
Mengacara sesi live di TikTok / Shopee secara profesional & menarik.
Menyampaikan info produk dengan jelas, tepat & meyakinkan.
Bina suasana live yang fun & engaging (pandai berborak / tarik perhatian penonton).
2. Menjual Produk Semasa Live
Demonstrasi produk secara live (contoh: emas, aksesori, promosi, bundle).
Jawab soalan pelanggan secara real-time.
Galakkan penonton membeli (call-to-action, upsell, promosi semasa live).
3. Membantu Follower Bertanya / Buat Order
Bantu penonton untuk membuat pesanan dengan cepat dan betul.
Bagi info harga, promosi & stok produk semasa live.
4. Persediaan Sebelum Live
Semak & belajar info produk (berat, harga, material, kegunaan, kelebihan).
Sediakan script ringkas atau flow untuk live.
Pastikan lighting, camera & audio dalam keadaan baik.
5. Tingkatkan Engagement Live
Baca komen & interact dengan penonton.
Buat aktiviti menarik (quiz mudah, lucky draw, promo kejap-sekejap).
Maintain energy & personaliti ceria sepanjang live.
6. Selepas Live
Rekod feedback & performance live harian.
Bagi cadangan improvement untuk live seterusnya.
Bantu team update produk yang sudah terjual semasa live (jika perlu).
KELAYAKAN
Pandai bercakap & confident depan kamera.
Personaliti ceria, fun & pandai engage dengan audience.
Boleh kerja waktu malam / peak hour live.
Pengalaman host live satu kelebihan tetapi tidak wajib.
Boleh belajar info produk dengan cepat (contoh: emas).
WAKTU KERJA
Ikut jadual live (siang/malam).
Live minimum 2-4 jam sehari (ikut syarikat).