Melakukan kerja-kerja penyelengaraan rutin yang dilakukan secara tidak sempurna oleh pihak sub-kontraktor yang dilantik seperti tugasan memotong rumput, pembersihan longkang, guardrail dan sebagainya.
Sentiasa bersiap sedia sebelum melakukan tugasan dengan memastikan peralatan & kelengkapan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Perlu menguji & menyemak setiap peralatan supaya sebarang kerosakan yang dikesan dapat dibaiki secepat mungkin agar tidak menggangu operasi kelak.
Merekod, melapor serta mengambil gambar setiap kerja-kerja yang telah siap dilakukan ke dalam borang yang disediakan secara manual atau melalui tablet yang disediakan oleh syarikat.
Melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dan peralatan bagi memastikan ianya sentiasa di dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Memastikan kerja-kerja yang dilakukan mematuhi peraturan keselamatan, kesihatan dan pekerjaan yang ditetapkan oleh syarikat
Melakukan mana-mana kerja yang diarahkan oleh Pengurusan dari masa ke semasa bagi membantu melancarkan operasi Syarikat
Kelayakan
Minimum Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Kemahiran Malaysia
Minimum 1 ke 2 tahun pengalaman bekerja dalam kerja-kerja am dan penyelenggaran jalan raya
Pengetahuan dalam mengendalikan, mengoperasikan dan menggunakan peralatan/mesin asas seperti mesin pemotong rumput, pemotong, alat-alat seperti sepana, gergaji rantai dan mesin serta alat penyelenggaraan yang lain.
Mahir dalam penggunaan tablet, PC, komputer riba atau mana-mana peranti elektronik lain serta mengisi sebarang borang/laporan yang diperlukan untuk kerja-kerja.
Keupayaan untuk membaiki/membaik pulih/menggantikan sebarang kelengkapan sanitari dan melaksanakan kerja-kerja paip dan sanitari termasuk pengetahuan asas dalam kerja-kerja elektrik.