Melakukan kerja-kerja penyelengaraan rutin yang dilakukan secara tidak sempurna oleh pihak sub-kontraktor yang dilantik seperti tugasan memotong rumput, pembersihan longkang, guardrail dan sebagainya.
Sentiasa bersiap sedia sebelum melakukan tugasan dengan memastikan peralatan & kelengkapan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Perlu menguji & menyemak setiap peralatan supaya sebarang kerosakan yang dikesan dapat dibaiki secepat mungkin agar tidak menggangu operasi kelak.
Merekod, melapor serta mengambil gambar setiap kerja-kerja yang telah siap dilakukan ke dalam borang yang disediakan secara manual atau melalui tablet yang disediakan oleh syarikat.
Melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dan peralatan bagi memastikan ianya sentiasa di dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Memastikan kerja-kerja yang dilakukan mematuhi peraturan keselamatan, kesihatan dan pekerjaan yang ditetapkan oleh syarikat.
Melakukan mana-mana kerja yang diarahkan oleh Pengurusan dari masa ke semasa bagi membantu melancarkan operasi syarikat
Keperluan
Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setara.
Pengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun dalam bidang penyelenggaraan atau kerja-kerja berkaitan.
Mempunyai stamina fizikal yang baik untuk melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan yang memerlukan tenaga.