Terbuka untuk semua pelajar IPTA, IPTS, IKBN, GIAT MARA, ILP, IKM, dan Vokasional
Kami sedang membuka peluang latihan industri kepada pelajar dalam pelbagai bidang seperti berikut:
Kejuruteraan Awam / Pembinaan
Apa yang kami tawarkan:
- Elaun Bulanan
- Panel Klinik
- Pengalaman kerja sebenar dalam industri
- Bimbingan dari staf berpengalaman
- Peluang membina rangkaian profesional
- Persekitaran kerja yang positif dan menyokong
- Cuti Sakit & Cuti Praktikal
- Makanan percuma seminggu sekali
- Aktiviti Syarikat seperti Teambuilding, Annual Dinner dan lain-lain
JOB SCOPE INTERN - SITE SUPERVISOR
1. Penyelarasan Tapak (Site Coordination)
Membantu Site Supervisor dalam memantau kerja harian di tapak projek.
Memastikan sub-kontraktor melaksanakan kerja mengikut jadual yang ditetapkan.
Menyemak kehadiran pekerja tapak setiap hari.
2. Pemantauan Kualiti (Quality Control)
Membuat pemeriksaan asas terhadap hasil kerja (finishing, pemasangan, kebersihan tapak).
Melaporkan sebarang kecacatan atau ketidakpatuhan kepada penyelia.
Mengambil gambar progress kerja untuk rujukan.
3. Keselamatan Tapak (Site Safety)
Memastikan pekerja mengikut SOP keselamatan.
Membantu memastikan peralatan keselamatan digunakan dengan betul.
Melaporkan sebarang risiko bahaya kepada penyelia.
Menyediakan laporan harian tapak (site daily report).
Mengemaskini progress di group kerja/WhatsApp setiap hari.
Menyimpan dan menyusun dokumen projek seperti drawing, checklist, claim & delivery order.
5. Bahan & Logistik (Material & Logistics)
Membantu membuat semakan material yang diterima di tapak.
Menghubungi vendor/runner jika ada kekurangan barang.
Memastikan barang disusun dan dijaga dengan baik di tapak.
6. Komunikasi & Sokongan (Communication & Support)
Berhubung dengan kontraktor, vendor dan team HQ bila diperlukan.
Membantu menyelesaikan masalah kecil di tapak secara proaktif.
Menyertai site meeting bersama supervisor.
Lokasi: Alor Setar, Kedah Tempat adalah terhad - mohon segera!