Jualan Dan Pemasaran (seri Manjong, Perak)

Seri Manjung, M08, MY, Malaysia

Job Description

Tentang Kami:



Ana Muslim ialah peneraju utama dalam penerbitan bahan bacaan kanak-kanak berteraskan Islam. Dengan komitmen untuk memperkasa generasi muda Muslim melalui bahan bacaan berkualiti, Ana Muslim sedang mencari seorang Eksekutif Jualan yang bersemangat dan proaktif untuk menyertai pasukan dan membantu meningkatkan jualan buku-buku Ana Muslim melalui acara jualan.

Deskripsi Jawatan:



Sebagai Eksekutif Jualan (Bahagian Event), anda akan bertanggungjawab dalam mengurus dan melaksanakan jualan buku Ana Muslim melalui pelbagai acara, terutamanya di sekolah-sekolah rendah, pesta buku, dan tempat-tempat tumpuan lain. Anda akan menjadi duta jenama Ana Muslim, membina hubungan dengan pihak sekolah dan penganjur acara serta memastikan buku-buku Ana Muslim sampai kepada audiens sasaran dengan cara yang kreatif dan berkesan.

Tanggungjawab Utama:



Merancang, mengurus, dan melaksanakan jualan buku melalui acara di sekolah-sekolah rendah(90%)/pesta buku, bazar, dan tempat tumpuan lain(10%). Berhubung dengan pihak sekolah dan penganjur acara untuk mengatur program jualan dan mempromosikan bahan bacaan Ana Muslim kepada pelajar, ibu bapa, dan guru. Menyediakan dan menyusun gerai jualan buku di lokasi acara, termasuk memastikan susun atur yang menarik dan penyampaian maklumat produk yang jelas. Mempromosikan dan menjual buku-buku Ana Muslim secara langsung kepada pelanggan di lokasi acara. Mengurus stok buku dan bahan pemasaran, memastikan jumlah yang mencukupi untuk setiap acara. Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan pihak sekolah, guru, dan penganjur acara bagi tujuan kerjasama jangka panjang. Menyediakan laporan jualan selepas setiap acara dan menganalisis keberkesanan strategi jualan. Menyokong inisiatif pemasaran digital untuk mempromosikan acara jualan seperti menggunakan media sosial dan platform dalam talian.

Kelayakan:



Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran, Pengurusan Perniagaan, Komunikasi, atau bidang berkaitan. Pengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun dalam bidang jualan, terutamanya jualan secara event atau pameran, adalah satu kelebihan. Bagi fresh graduate,boleh juga untuk memohon. Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta kebolehan untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak seperti guru, pelajar, ibu bapa, dan penganjur acara. Bermotivasi tinggi, proaktif, dan selesa bekerja dalam persekitaran jualan yang dinamik. Kebolehan bekerja secara fleksibel termasuk pada hujung minggu atau waktu luar pejabat, apabila diperlukan untuk acara jualan. Kemahiran dalam pengurusan stok dan laporan jualan.

Faedah:



Gaji yang kompetitif dengan komisen berdasarkan prestasi jualan. Faedah tambahan seperti tuntutan perubatan, cuti tahunan, dan elaun perjalanan untuk acara jualan. Peluang untuk bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan menyokong perkembangan profesional dalam bidang jualan dan pemasaran.

Tarikh Jawatan Dibuka:

Januari 2026

Kekosongan jawatan ini dijangka dibuka pada

bulan Januari 2026

. Calon yang berminat digalakkan untuk menghantar permohonan awal bagi pertimbangan awal oleh pihak syarikat.

Cara Memohon:



Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan jualan di Ana Muslim, sila muat naik resume anda melalui platform Indeed. Kami menantikan permohonan anda!

Job Type: Full-time

Pay: RM1,700.00 - RM3,500.00 per month

Benefits:

Maternity leave Opportunities for promotion
Application Question(s):

Adakah anda mempunyai lesen GDL? Jika belum, adakah anda bersedia untuk mengambilnya?
License/Certification:

D / DA (Required)
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD1252714
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Seri Manjung, M08, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned