Junior Content Creator / Content Creator
Alam Impian Shah Alam
Waktu Bekerja: 6 hari & 1 hari cuti (10am-630pm)
Kami sedang mengembangkan pasukan pemasaran dan mencari bakat muda yang kreatif serta gemar menghasilkan kandungan untuk TikTok, Instagram dan Facebook.
Tanggungjawab (Junior Content Creator):
Membantu menghasilkan kandungan video dan gambar untuk media sosial (TikTok, Instagram, dan lain-lain).
Mengedit video menggunakan CapCut, Canva, atau AI Editing Tools, dll. Membantu mencipta idea kandungan mengikut trend dan tema syarikat.
Menyokong pasukan dalam penggambaran, live content, dan promosi.
Menyusun dan menyimpan bahan kandungan (footage, gambar, template).
Sedia menerima tunjuk ajar dan menambah baik kemahiran dari semasa ke semasa.
Tanggungjawab (Content Creator):
Merancang, menghasilkan dan mengedit kandungan video/grafik profesional untuk media sosial syarikat.
Menggunakan AI Editing Tools, CapCut Pro, dan Canva Pro, dll. dengan cekap untuk hasil yang menarik.
Menyelia jadual kandungan dan memastikan setiap posting mengikut arah kreatif dan strategi pemasaran.
Menjana idea kreatif & konsep storytelling untuk kempen dan engagement pelanggan.
Membimbing Junior Content Creator dari segi konsep dan kualiti hasil kerja.
Menyumbang idea semasa brainstorming dan membantu strategi pemasaran digital.
Kelayakan:
Mempunyai minat tinggi dalam bidang content creation dan media sosial.
Mempunyai asas atau kemahiran dalam video editing, shoot dengan kamera/phone.
Kreatif, cepat belajar, dan boleh bekerja dalam kumpulan.
Bonus jika tahu asas shooting, voice-over, atau pengendalian live.
Terus hantarkan resume anda di whatsapp (011-23041904 - Miss Fida)
Job Types: Full-time, Permanent, Fresh graduate
Pay: From RM2,000.00 per month
Benefits:
Meal allowance
Work Location: In person
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.