Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:
Melakukan servis berkaitan dengan Hygiene seperti menambah dan mengantikan tisu tandas, sabun basuh tangan, hand sanitizer, toilet sanitizer, penyegar udara, alas kaki dan sebagainya.
Mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan dengan mempromosikan perkhidmatan Syarikat dengan sebaik mungkin di bawah bimbingan Penyelia.
Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas.
Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan.
Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia.
Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.
Membantu cawangan dengan kerja teknikal, seperti pemasangan, pengalihan dan callouts
SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INI
Calon yang ideal memiliki:
Minimum kelayakan pendidikan tahap SPM dan penyerahan sijil ketika permohonan
Warganegara Malaysia, berumur antara 21 dan 35 tahun (36 tahun ke atas masih boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai pengalaman di dalam industri yang berkaitan).
Mempunyai Lesen GDL yang sah dan mempunyai pengangkutan sendiri
Berminat melakukan servis dan kerja luar (outdoor).
Menetap di kawasan berdekatan.
Sangat Diingini Jika Anda:
Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan.
Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat.
Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan).
Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi.
Benefits:
Ganjaran dan Faedah
Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan.
Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital.
Faedah rawatan pesakit luar.
Faedah rawatan mata dan gigi.
Caruman KWSP, PERKESO & SIP.
Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan).
Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja.
Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.
Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG!
Peluang Sama Rata
Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini!
Lokasi cawangan ini:
Rentokil Initial (M) Sdn Bhd
No. 1, Jalan Sungai Tiram 7, Taman Perusahaan Nyaman Mutiara, 11900 Bayan Lepas, Penang