Juruservis Lelaki/wanita (pest Control) Kl/selangor (kontrak 6 Bulan)

Shah Alam, Selangor, Malaysia

Job Description


Rentokil Initial adalah sebuah syarikat perkhidmatan perniagaan antarabangsa yang mempunyai lebih dari 66,000 rakan sekerja di 70 buah negara.

Kami berusaha untuk melindungi orang ramai dan meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik, contohnya dengan mengawal makhluk perosak dan meningkatkan mutu kebersihan.

Kami pakar dalam bidang kami dan melabur dalam latihan, sains, inovasi dan teknologi.

Mendengar dan bertindak di atas maklum balas adalah sebahagian daripada budaya kami untuk menyokong rakan sekerja dan pelanggan kami. Rentokil Initial menganggap kesetaraan dan keadilan adalah hak asasi semua rakan sekerjanya.

Kami terapkan nilai-nilai Perkhidmatan, Hubungan dan Kerja berpasukan yang kami telah tanam ke dalam diri rakan-rakan sekerja kami di seluruh dunia.

Ketahui dengan lebih lanjut di careers.rentokil-initial.com

Requirements

Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:

  • Melakukan servis kawalan makhluk perosak seperti semburan, pewasapan, dan pemasangan perangkap untuk menghapus dan mengawal pembiakan lipas, semut, anai-anai, nyamuk, tikus, lalat, kekaltu, dan haiwan-haiwan perosak yang lain.
  • Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas.
  • Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan.
  • Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia.
  • Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.
SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INI

Calon yang ideal memiliki:
  • Kelayakan pelajaran sekurang-kurangnya tahap SPM. Sijil SPM dan Sijil Tamat Sekolah versi asal (original) diperlukan untuk memohon jawatan ini.
  • Berumur antara 21 dan 40 tahun (41 tahun ke atas masih boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai tahap kesihatan fizikal yang sangat baik dan/atau berpengalaman di dalam industri Pest Control).
  • Mempunyai lesen GDL (atau sekurangnya mempunyai D manual & mempunyai niat untuk mengambil lesen GDL dalam masa terdekat).
  • Minat melakukan kerja servis dan kerja luar (outdoor).
  • Menetap di kawasan berdekatan.
  • Pengambilan pekerja asing bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan dan tertakluk pada permohonan visa mereka sendiri.
Sangat Diingini Jika Anda:
  • Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan.
  • Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat.
  • Boleh bekerja lebih masa.
  • Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan).
  • Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi.
Benefits

Ganjaran dan Faedah
  • Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
  • Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan.
  • Faedah rawatan pesakit luar.
  • Caruman KWSP, PERKESO & SIP.
  • Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
  • Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan).
  • Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja.
Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG!

Peluang Sama Rata

Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini!

Lokasi cawangan ini:

Rentokil Initial (M) Sdn Bhd

Cawangan Klang Valley (Pest Control)

Rentokil Initial (M) Sdn Bhd. No. 7 Jalan Utarid U5/13, Seksyen U5, 40150 Shah Alam

(Harap maklum, pejabat operasi cawangan ini terletak di Shah Alam, manakala kawasan servis adalah di sekitar Kuala Lumpur & juga Selangor) .

Rentokil Initial

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1017368
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Education
    Not mentioned