De Metrology Sdn Bhd (DMSB) merupakan sebuah syarikat yang berkembang pesat dan entiti yang dilesenkan oleh kerajaan untuk melaksanakan penentusahan(verification) alat-alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan. DMSB mempunyai 34 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hampir di setiap negeri.
Kelebihan:-
Kerja 5 hari (Isnin-Jumaat 8.30AM-5.30PM)
Bayaran Kerja Lebih Masa
Cuti Umum ikut kerajaan (Ambil semua cuti)
KWSP I PERKESO | EIS
Kenaikan Gaji tahunan mengikut pretasi syarikat
Persekitaran kerja yang kondusif
Tuntutan Perubatan (Panel Klinik untuk dapatkan rawatan)
Sekiranya, Pekerja terlibat dengan kerja luar layak tuntut Tuntutan Perjalanan, Elaun Outstation, Elaun Harian dan lain-lain mengikut syarat yang ditetapkan.
Skop Tugas
Menyemak dan menguruskan hal-hal penyesuaian akaun hasil serta memastikan dan mengesahkan jumlah kutipan hasil di kreditkan ke dalam bank setiap hari disamping menyediakan laporan kepada Pengurus Cawangan.
Menguruskan hal-hal pentadbiran am Pejabat cawangan DMSB, bil-bil itiliti, bil sewa pejabat, lesen pihak berkuasa tempatan, rekod cuti, kebersihan, keselamatan dan kecantikan/ keselesaan pejabat.
Bertanggungjawab menyediakan laporan harian serta laporan mingguan berhubung jumlah alat-alat timbang dan sukat yang ditentusahkan mengikut jenis kepada Pengurus Cawangan.
Menyelaras dan mengemaskinikan daftar semua keperluan alat-alat tulis, borang ujian dan kertas (lnventori alat-alat tulis/kertas) dan pastikan cukup untuk kegunaan harian.
Membantu Pegawai Penentusahan dalam menjalankan tugas-tugas penentusahan/penentusahan semula sama ada di dalam pejabat atau di luar perjabat, lengkapi borang-borang ujian, mengeluarkan label keselamatan, pendaftaran alat-alat timbang dan sukat dala sistem e-data yang telah ditentusahkan dan mengeluarkan sijil ( Borang D) dan resit pembayaran.
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.