Ketua Gudang (gudang Prai, Penang)

Perai, Malaysia

Job Description


KETUA GUDANG (GUDANG PRAI, PENANG) Deskripsi Kerja:

  • Menguruskan Stok, Harta Syarikat dan Stokpail Kerajaan, pada Aras dan Kos yang Optima dan Berpandukan Polisi dan Prosedur Syarikat.
  • Bertanggungjawab untuk memastikan semua proses perniagaan gudang dalam keadaan tersusun, teratur, dan licin.
  • Memastikan aduan entiti berkepentingan mendapat respon sewajarnya dan melaksanakan pembetulan.
Tanggungjawab: 1. Merancang, memantau dan mengurus kakitangan operasi menjalankan Operasi Penerimaan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman, dan proktiviti.
  • Menentukan kedudukan tapak lot beras bagi kargo yang akan dibawa masuk ke dalam gudang.
  • Menyemak dan mengesahkan Arahan Kemasukan Beras sebelum operasi dimulakan.
  • Mengeluarkan arahan kepada kontraktor pengendalian untuk membekalkan pekerja buruh yang mencukupi untuk menguruskan operasi.
  • Mengarahkan kakitangan operasi untuk menyemak persediaan kelengkapan peralatan operasi seperti jentera forklift, papan pallet, papan plywood, working pallet, guni kosong, mesin jahit dan benang, kanvas / tarpaulin.
  • Mengarahkan Kontraktor Kebersihan membersihkan papan pallet, papan plywood sebelum operasi bermula.
  • Mengarahkan Kontraktor Kawalan Serangga membuat rawatan ke atas tapak lot beras yang diduduki dan papan pallet yang akan digunakan.
  • Mngikuti dan menyusul dengan Inventori Zon tentang kesediaan Sistem Pengurusan Inventori seperti Transfer Order untuk proses kemasukan data.
  • Melaporkan kepada Pasukan Inventori Zon sekiranya terdapat sebarang gangguan sistem atau internet serta memohon pelarasan transaksi sekiranya diperlukan.
  • Melaporkan kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat kejadian beras basah atau rosak.
  • Melaporkan kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat kejadian kemalangan yang melibatkan pekerja dan fasiliti gudang.
  • Menyemak dan mengesahkan dokumen operasi secara harian seperti Nota Hitung, Nota Hantaran & Penerimaan, Consignment Note / Delivery Note, Slip timbang dan lain-lain.
  • Menyemak dan mengesahkan Transfer Receipt Note, Pro-forma Completion Report dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  • Menyemak dan mengesahkan Stek Kad Manual dan Sistem dikemaskini oleh kakitangan operasi.
  • Mengarahkan kakitangan operasi mengemaskini dokumen-dokumen penting ke dalam fail yang telah ditetapkan.
2. Merancang, memantau dan mengurus kakitangan operasi menjalankan Operasi Penerimaan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman, dan proktiviti.
  • Mengarahkan kakitangan operasi membuat pengesahan kuantiti stok secara harian.
  • Menyemak Laporan Kedudukan Stok di dalam gudang dan di dalam sistem secara harian.
  • Menyemak dan mengesahkan Pelan Lantai Gudang secara mingguan dan melaporkan maklumat lot kosong kepada Ibupejabat secara harian.
  • Mengarahkan kakitangan operasi mempamerkan semua label yang berkaitan seperti Label Stek Beras, Label Stokpail, Label Stok Matang, Pita Penanda Stokpail (Merah/Putih)
  • Merancang, mengarah dan mengurus Kontraktor Pembersihan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di dalam dan di luar gudang.
  • Mengarahkan kakitangan operasi memeriksa kestabilan susunan tindanan secara harian
  • Mengarahkan kakitangan operasi memastikan semua kelengkapan peralatan operasi ditempatkan di kawasan yang telah ditetapkan.
3. Merancang, memantau dan mengurus kakitangan operasi menjalankan Operasi Penerimaan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman, dan proktiviti.
  • Menyemak dan mengesahkan Rice Collection Plan atau Salinan Inbois sebelum operasi dimulakan.
  • Mengeluarkan arahan kepada kontraktor pengendalian untuk membekalkan pekerja buruh yang mencukupi untuk menguruskan operasi.
  • Mengarahkan kakitangan operasi untuk menyemak persediaan kelengkapan peralatan operasi seperti jentera forklift, papan pallet, papan plywood, working pallet, guni kosong, mesin jahit dan benang, kanvas / terpaulin.
  • Melaporkan kepada Pasukan Inventori Zon sekiranya terdapat sebarang gangguan sistem atau internet serta memohon pelarasan transaksi sekiranya diperlukan.
  • Melaporkan kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang kejadian beras basah atau rosak.
  • Melaporkan kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang kejadian kemalangan yang melibatkan pekerja dan fasiliti gudang.
  • Menyemak dan mengesahkan dokumen operasi secara harian seperti Nota Hitung, Nota Pengeluaran, Permit Pindahan Antara Negeri, Slip Timbang dan lain-lain.
  • Menyemak dan mengesahkan DO & Invoice Overview, Stack Closure Report & Request, Surplus Rice Request dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  • Menyemak dan mengesahkan Stek Kad Manual dan Sistem dikemaskini oleh kakitangan operasi.
  • Memantau Aliran Stok Pemborong dan menyusul serta mengikuti pemborong untuk mengambil kargo yang telah melebihi 7 hari bekerja.
  • Mengarahkan kakitangan operasi mengemaskini doumen-dokumen penting ke dalam fail yang telah ditetapkan.
4. Memantau dan mengurus Kontraktor Kawalan Serangga menjalankan aktiviti Kawalan Makhluk Perosak di dalam gudang dengan memastikan elemen keselamatan dan kesihatan pekerja dipatuhi setiap masa.
  • Menugaskan kakitangan operasi untuk memantau aktiviti kawalan serangga di gudang
  • Mengesahkan Arahan Kerja yang dikeluarkan oleh Pasukan Penyelenggaraan Beras Zon
  • Mengesahkan Jadual Kerja Bulanan Aktiviti Kawalan Makhluk Perosak yang dikeluarkan oleh Pasukan Penyelenggaraan Zon
  • Mengesahkan Laporan Servis yang dikeluarkan oleh Kontraktor Kawalan Serangga
  • Memantau kehadiran pekerja Kontraktor Kawalan Serangga di gudang secara harian
  • Melapor kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat kejadian kemalangan yang melibatkan pekerja atau kargo di gudang.
5. Memantau dan mengurus Syarikat Kawalan Keselamatan menjalankan aktiviti Kawalan Keselamatan di dalam gudang.
  • Menyemak kehadiran anggota Syarikat Kawalan Keselamatan di Pos Kawalan setiap hari.
  • Menyemak dan mengesahkan Buku Laporan dan Aktiviti Harian anggota secara harian.
  • Menyemak dan mengesahkan Rekod Kemasukan kakitangan, pelawat, pemborong secara harian.
  • Menyemak dan mengesahkan Laporan Kuncian Jam setiap hari Isnin dan Khamis.
  • Mengarahkan Ketua Pos Kawalan dan anggotanya menjaga keceriaan dan kebersihan Pos Kawalan pada setiap masa.
  • Mengesahkan Pas Masuk Gudang yang dikeluarkan oleh anggota keselamatan.
  • Memeriksa rakaman CCTV di dalam Pos Kawalan dan melaporkan kepada Ketua Zon sekiranya terdapat sebarang kejadian yang dicurigai serta melaporkan kepada Pasukan Penyelenggaraan sekiranya terdapat kerosakan ke atas CCTV.
6. Memantau dan melaporkan kepada Pasukan Penyelenggaraan sekiranya terdapat kerosakan atau ketidakfungsian fasiliti gudang.
  • Mengesahkan Borang Kerosakan dan melaporkan kepada Pasukan Penyelenggaraan untuk tindakan pembetulan.
  • Menyusul dan mengikuti kemajuan pembaikan atau penyelenggaraan dengan Pasukan Penyelenggaraan.
  • Menugaskan kakitangan operasi untuk menjalankan pemeriksaan berkala bersama dengan Pasukan Penyelenggaraan.
7. Mengurus kakitangan.
  • Memastikan prestasi kehadiran kakitangan dalam keadaan baik dan menepati waktu bekerja yang ditetapkan oleh pengurusan.
  • Merancang, menyemak dan meluluskan cuti kakitangan.
  • Merancang kerja kakitangan termasuk kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  • Sentiasa meningkatkan moral kakitangan di bawah seliaan langsung melalui komunikasi berkesan, penetapan matlamat kerja dan matlamat pasukan yang jelas melalui pembaikan berterusan dan menjaga kebajikan kakitangan.
  • Menganalisa kemahiran kerja kakitangan yang diselia dan menyarankan / memberikan latihan kerja (on job training) berekod sewajarnya bagi memastikan objektif kerja dan kakitangan dan organisasi dipenuhi.
8. Lain-Lain tugasan.
  • Memastikan semua pintu gudang dibuka pada waktu operasi dan ditutup serta berkunci setelah selesai waktu operasi.
  • Memastikan kunci-kunci gudang diserahkan ke peti simpanan kunci yang dikhaskan setelah selesai waktu operasi
  • Menyertai aktiviti kiraan stok tahunan bersama Jabatan Kewangan.
  • Menyertai pengiraan stok berkala yang dijalankan oleh Jabatan
  • Menyertai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  • Menerima arahan dari semasa ke semasa daripada Ketua Gudang dan Ketua Zon
Keperluan Kerja: 1. Kelayakan:
  • Ijazah dalam bidang Logistik, Rantaian Bekalan atau Perakaunan dan pelbagai bidang
2. Tahun Pengalaman Kerja:
  • 1 - 3 Tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Gudang atau Rantaian Bekalan
3. Pengetahuan Khusus:
  • Pengurusan Stok dan Penganalisaan Data
4. Kemahiran:
  • Kemahiran komputer Microsoft Office paras pertengahan (Intermediate)
5. Atribut Peribadi:
  • Mempunyai inisiatif sendiri (self-starter) dan proaktif
  • Boleh bekerja di bawah tekanan dan seliaan minima
  • Berintegriti tinggi, jujur dan amanah
  • Suka belajar dan boleh dilatih
Job Types: Permanent, Full-time Salary: RM2,300.00 - RM4,500.00 per month Benefits:
  • Health insurance
  • Maternity leave
  • Professional development
Schedule:
  • Monday to Friday
Supplemental pay types:
  • Overtime pay
  • Yearly bonus
Ability to commute/relocate:
  • Perai: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)
Experience:
  • Pengurusan Gudang: 1 year (Required)
  • Microsoft Office: 1 year (Required)
Application Deadline: 12/30/2023
Expected Start Date: 11/30/2023

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD990860
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Perai, Malaysia
  • Education
    Not mentioned