Latihan Industri: Penulis Akademik (matematik & Sains)

Kuala Lumpur, M14, MY, Malaysia

Job Description

Tentang Kami:



Ana Muslim Sdn Bhd ialah peneraju utama dalam penerbitan bahan bacaan kanak-kanak berteraskan Islam, dengan komitmen untuk memperkasa generasi muda Muslim melalui kandungan pendidikan berkualiti tinggi yang menggabungkan elemen keimanan, ilmu pengetahuan, dan kreativiti. Sejak penubuhannya pada tahun 2006, Ana Muslim telah berkembang menjadi jenama yang dipercayai oleh ibu bapa dan kanak-kanak di seluruh Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Kami ingin mengukuhkan kedudukan kami dalam dunia penerbitan buku kanak-kanak melalui inovasi digital, penerbitan bermutu tinggi yang mengikuti trend semasa, dan pembangunan jaringan pemasaran yang berterusan demi mencapai visi menjadi penerbit buku kanak-kanak Islami nombor satu di peringkat dunia.

Posisi yang Ditawarkan:



Pelatih Penulisan Akademik - Matematik & Sains

Deskripsi Jawatan:



Sebagai pelatih industri, anda akan menyumbang dalam menghasilkan kandungan akademik berkualiti tinggi bagi subjek pilihan anda. Anda akan terlibat dalam menulis, menyunting, dan membuat proofreading bahan pendidikan, sambil memastikan kandungan selaras dengan silibus sekolah rendah yang terkini.

Tanggungjawab Utama:



Menulis soalan latihan, modul, dan bahan rujukan mengikut subjek yang dipilih. Menyunting dan membuat proofreading kandungan akademik untuk memastikan kualiti dan ketepatan. Memastikan bahan yang dihasilkan bebas daripada kesalahan bahasa, fakta, atau format. Membantu dalam merancang dan membangunkan struktur bahan akademik yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah. Bekerjasama dengan pasukan penulis dan editor untuk memastikan bahan memenuhi piawaian kualiti tinggi.

Kelayakan:



Sains:

Pendidikan Sains, Biologi, Fizik, Kimia, atau setara.

Matematik:

Pendidikan Matematik, Matematik, Statistik, atau setara. Kemahiran penulisan yang baik dalam Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris. Teliti, teratur, dan berminat dalam menghasilkan kandungan pendidikan berkualiti tinggi. Pengetahuan tentang silibus sekolah rendah adalah satu kelebihan.

Faedah:



Peluang untuk belajar dan mendapatkan pengalaman dalam penulisan bahan akademik. Bekerja dalam persekitaran yang kreatif dan dinamik dengan pasukan yang berpengalaman. Elaun bulanan disediakan. Peluang untuk menyertai projek-projek yang menarik dan membina portfolio anda. Pelajar yang menunjukkan potensi dan prestasi cemerlang berpeluang untuk ditawarkan jawatan tetap di syarikat.

Cara Memohon:



Jika anda berminat untuk menyertai Ana Muslim sebagai pelajar Latihan Industri, sila muatnaik resume anda beserta contoh penulisan atau portfolio yang pernah anda hasilkan melalui platform Indeed. Kami menantikan permohonan anda!

Job Type: Internship

Pay: RM500.00 - RM1,000.00 per month

Application Question(s):

Please state your internship date.
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1249870
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Internship
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Kuala Lumpur, M14, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned