Rentokil Initial adalah salah satu syarikat perkhidmatan perniagaan terbesar dengan lebih daripada 57,700 rakan sekerja di seluruh dunia dan beroperasi di lebih 90 negara. Syarikat kami bergantung pada komitmen, kemampuan dan kerja berpasukan di antara rakan sekerja untuk memberikan perkhidmatan dan menggembirakan pelanggan. Kami adalah peneraju pasaran dalam industri kawalan perosak dan \'Hygiene\' selama lebih dari 50 tahun di Malaysia. Memandangkan perniagaan kami di 11 bandar besar di seluruh negara semakin berkembang, kami menjemput calon-calon yang berkelayakan dan sangat dinamik untuk berkembang bersama kami dengan penuh semangat. Kami sedang mencari Operator Dobi (Laundry Operator) yang bermotivasi dan dinamik untuk menyertai pasukan kami. Tanggungjawab anda adalah untuk memberi perkhidmatan berkaitan dengan bahagian \'laundry\' seperti proses pembersihan alas kaki dan penjagaannya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan memberi anda gaji pokok yang menarik, peluang kerjaya, dan sebagainya. Anda juga akan diberi latihan produksepenuhnya dengan bantuan dan sokongan secara langsung dari Pengurus, Penyelia dan Pasukan di bahagian \'Laundry\'. Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk: Mengendalikan mesin pencucian dan pengeringan serta menggulung karpet Memastikan kerja yang dilakukan mematuhi etika kerja iaitu dasar kualiti, kesihatan dan keselamatan. Bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif untuk sentiasa belajar tugas baru yang diberikan Memastikan semua mesin berkeadaan baik Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda. Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa. Requirements Calon yang ideal memiliki: Kelayakan pelajaran tahap SPM atau setaraf Kewarganegaraan Malaysia, LELAKI, berumur antara 18 dan 35 tahun Mempunyai lesen kenderaan yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri untuk datang bekerja Perlu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan Mampu mengendalikan forklift adalah satu kelebihan Bersedia untuk bekerja lebih masa Boleh bekerja berdiri Mampu untuk bekerja secara shift (7.30am-5.00pm & 4.30pm-1.00am) Berkebolehan menulis, membaca dan mengira Sangat Diingini Jika Anda: Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan Memiliki kebolehan sebagai \'Team Leader\' Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi Benefits Ganjaran dan Faedah: Gaji pokok yang menarik (bergantung kepada prestasi anda) Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital Faedah rawatan pesakit luar Faedah rawatan mata dan gigi Caruman KWSP (13% daripada syer majikan. 16% apabila bekerja lebih dari 2 tahun) & SOCSO Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil. Jadi, tunggu apa lagi Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dalam menyediakan peluang yang sama rata dan mengelak sebarang diskriminasi. Kami juga menekankan kepelbagaian tempat kerja dimana kami tegas tentang mewujudkan persekitaran inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, memegang kekuatan mereka, dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja mencapai potensi penuh mereka. Lokasi: Rentokil Initial (M) Sdn Bhd No.17 Jalan Selatan 8/1, Kawasan Perindustrian Selatan, 81300 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
foundit
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.