Laundry Operator Johor Bahru

Johor Bahru, Johor, Malaysia

Job Description


Kami sedang mencari Operator Dobi (Laundry Operator) yang bermotivasi dan dinamik untuk menyertai pasukan kami. Tanggungjawab anda adalah untuk memberi perkhidmatan berkaitan dengan bahagian \xe2\x80\x98laundry\xe2\x80\x99 seperti proses pembersihan alas kaki dan penjagaannya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan memberi anda gaji pokok yang menarik, peluang kerjaya, dan sebagainya. Anda juga akan diberi latihan produksepenuhnya dengan bantuan dan sokongan secara langsung dari Pengurus, Penyelia dan Pasukan di bahagian \xe2\x80\x98Laundry\xe2\x80\x99.

Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:

  • Mengendalikan mesin pencucian dan pengeringan serta menggulung karpet
  • Memastikan kerja yang dilakukan mematuhi etika kerja iaitu dasar kualiti, kesihatan dan keselamatan.
  • Bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif untuk sentiasa belajar tugas baru yang diberikan
  • Memastikan semua mesin berkeadaan baik
  • Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda.
  • Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.
Requirements

Calon yang ideal memiliki:
  • Kelayakan pelajaran tahap SPM atau setaraf
  • Kewarganegaraan Malaysia, LELAKI, berumur antara 18 dan 35 tahun
  • Mempunyai lesen kenderaan yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri untuk datang bekerja
  • Perlu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan
  • Mampu mengendalikan forklift adalah satu kelebihan
  • Bersedia untuk bekerja lebih masa
  • Boleh bekerja berdiri
  • Mampu untuk bekerja secara shift (7.30am-5.00pm & 4.30pm-1.00am)
  • Berkebolehan menulis, membaca dan mengira
Sangat Diingini Jika Anda:
  • Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan
  • Memiliki kebolehan sebagai \xe2\x80\x98Team Leader\xe2\x80\x99
  • Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat
  • Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi
Benefits

Ganjaran dan Faedah:
  • Gaji pokok yang menarik (bergantung kepada prestasi anda)
  • Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital
  • Faedah rawatan pesakit luar
  • Faedah rawatan mata dan gigi
  • Caruman KWSP (13% daripada syer majikan. 16% apabila bekerja lebih dari 2 tahun) & SOCSO
  • Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja
Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG

Peluang Sama Rata

Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dalam menyediakan peluang yang sama rata dan mengelak sebarang diskriminasi. Kami juga menekankan kepelbagaian tempat kerja dimana kami tegas tentang mewujudkan persekitaran inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, memegang kekuatan mereka, dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja mencapai potensi penuh mereka.

Lokasi:

Rentokil Initial (M) Sdn Bhd

No.17 Jalan Selatan 8/1, Kawasan Perindustrian Selatan, 81300 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

.

Rentokil Initial

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD1003179
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Education
    Not mentioned