Syarat Kelayakan Jawatan :- * Warganegara Malaysia;
Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang atau kelayakan yang diiktiraf;
Mempunyai Sijil Amalan Guaman yang sah;
Berpengalaman dalam pengendalian Jabatan Perundangan dalaman syarikat;
Berpengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun post qualification experience (PQE) dalam bidang Undang-Undang berkaitan Kerajaan, syarikat Korporat, Komersial, Hartanah serta Sivil;
Berupaya bekerja dengan pengawasan minima dan berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
Mempunyai rangkaian hubungan dengan pihak berkuasa kerajaan tempatan dan agensi yang berkaitan.
Deskripsi Tugas Utama :- * Menyediakan dan memantau dokumen-dokumen/memorandum-memorandum perjanjian (MoA) dan persefahaman (Mou) serta lain-lain perjanjian komersial yang berkaitan;
Merangka dan menambah baik terma perjanjian, kontrak, dan pelbagai dokumen;
Memberikan khidmat nasihat perundangan berkaitan isu komersial dan korporat yang melibatkan syarikat;
Merangka struktur korporat dan struktur perjanjian berkaitan sebelum menyertai mana-mana transaksi perniagaan;
Meneliti perjanjian-perjanjian serta dokumen berkaitan perundangan yang dimajukan kepada syarikat sebelum ianya ditandatangani oleh pihak pengurusan;
Mengenalpasti isu-isu pendedahan undang-undang (\xe2\x80\x98Legal Exposure\xe2\x80\x99) berkaitan dengan projek atau jabatan berkaitan dan berbincang serta memberi pandangan bersama dalam mengurangkan pendedahan risiko dan liabiliti berkaitan;
Memastikan terma dan syarat perjanjian sentiasa dipatuhi oleh syarikat;
Menguruskan fail-fail litigasi dan berbincang dengan panel peguamcara bagi memohon nasihat berkenaan isu-isu perundangan;
Mengemaskini perkembangan isu-isu perundangan dari semasa ke semasa;
Memastikan bahawa syarikat mematuhi peruntukan undang-undang;
Menyediakan pelaporan lengkap pada setiap bulan; dan
Mana-mana tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.