JOM Join Team Emas Suriya dan Suriya Fashion di TIKTOK
Jika anda seorang yang berperwatakan ceria, suka bercakap serta aktif di dalam sosial media, anda dijemput untuk apply dengan kami sebagai Live Hos Jualan. Syarikat kami fokus kepada menjual pakaian wanita (muslimah friendly), beg tangan serta barangan aksessori wanita di dalam sosial media seperti TIKTOK, Facebook dan Instagram.
Kelayakan:
Warganegara Malaysia Lelaki atau Perempuan
Umur sekurangnya 17 tahun
Minimum SPM
Fasih berbahasa Malaysia
Perwatakan ceria dan boleh bekerja secara berpasukan
Tiada pengalaman diperlukan, latihan akan diberikan
Lokasi Tempat Kerja: Di Putra Heights, berdekatan dengan LRT Putra Heights
Waktu Bekerja:
Bekerja 5.5 hari seminggu
Ada shift pagi dan petang. Setiap shift ialah (i) 8 jam untuk 1 hari bekerja + 1 jam rehat serta untuk Isnin ke Jumaat (ii) 4 jam untuk 0.5 hari bekerja pada setiap Sabtu
Shift Pagi, Petang dan Malam (akan rotate dalam Jadual setiap minggu)
Gaji:
Gaji pokok - RM2000.00
Komisyen - % bergantung pada sales (personal target serta group target)
EPF
EIS serta SOSCO
Overtime Pay (maksimum jam bekerja 45jam seminggu, kalau lebih, dibayar OT)
Gaji maksima boleh sehingga RM5000 sekali dengan OT & komisyen
Anda juga berpeluang untuk di latih (groom) untuk jadi Company Influencer sekiranya sesuai.
Boleh mula bekerja pada bila-bila masa, latihan akan diberikan, pakaian/item untuk live hos disediakan dalam pejabat dan rakan kerja yang best-best. Produk kami senang dijual dan harga berpatutan, jadi komisyen itu bukan suatu yang susah untuk dicapai.
Berminat? Nak tahu lebih lanjut, boleh contact kami untuk maklumat lanjut serta datang interview ya.
Job Types: Full-time, Fresh graduate
Pay: RM2,000.00 - RM4,000.00 per month
Benefits:
Opportunities for promotion
Professional development
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.