Jawatan Kosong: Live Host & conten creator di Laisya Curtain - Cawangan Temerloh
Tugas & Tanggungjawab:
Mengendalikan
live harian di kedai dan di rumah pelanggan
(semasa pemasangan langsir).
Berinteraksi secara spontan dan mesra dengan penonton live.
Menerangkan produk seperti langsir, bidai, wallpaper, dan dekorasi rumah secara menarik.
Buat content harian - video pendek, behind-the-scenes, testimoni pelanggan, tour rumah pelanggan, dll.
Bekerjasama dengan team untuk merancang promosi & kempen menarik.
Memberi idea baru untuk tingkatkan engagement dan jualan melalui media sosial.
Kriteria yang Dicari:
Petah bercakap, ceria, dan selesa depan kamera.
Boleh handle live dengan gaya sendiri - chill, engaging & meyakinkan.
Ada
pengalaman buat live atau content di TikTok/Facebook/IG
adalah satu kelebihan.
Perlu ada kenderaan sendiri
- kerana akan ke rumah pelanggan bila perlu.
Komited, boleh bekerja dengan team & ikut jadual pemasangan pelanggan.
Minat dalam bidang langsir, dekorasi, atau jualan.
Job Type: Full-time