Deskripsi Tugas:
Capaian Matlamat Jualan
Memastikan matlamat jualan dalam talian tercapai melalui pelbagai saluran (Whatsapp, Facebook, Instagram, Telegram dan lain-lain)
Rekod pelanggan dan prospek
Memastikan rekod pelanggan sentiasa tersusun dan 'up-to-date'
Aktiviti 'After Sales Service'/Perhubungan Pelanggan
Merancang dan melaksanakan aktiviti 'after sales service' dengan mendapatkan maklum balas, 'engagement' dan 'blasting'bagi membuat memastikan pembelian berulang kepada pelanggan sedia ada
Memaksimakan penggunaan rekod pelanggan dan prospek dalam 'database' untuk tujuan promosi dan jualan
Mengekalkan komunikasi yang berterusan dengan pelanggan sedia ada dan pelanggan baru untuk memastikan kepuasan pelanggan
Membina hubungan yang baik dengan pelanggan, memahami keperluan mereka, dan memberikan solusi serta perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti
Pengurusan Komunikasi Pelanggan
Mengendalikan panggilan telefon, emel, Shopify Chat, WhatsApp, Shopee Chat, Tiktok Chat dan media sosial lain dengan pantas, cekap, mesra dan berkualiti
Membuat panggilan/chatsusulan untuk mendapatkan maklum balas bagi memastikan kepuasan pelanggan
Pengurusan Aduan Pelanggan
Menyelesaikan aduan dengan bijaksana dan memastikan kepuasan pelanggan dicapai
Sokongan Pemasaran
Membantu pasukan pemasaran dalam menyebarkan promosi dan aktiviti baharu syarikat
Mengumpulkan maklum balas pelanggan mengenai pemasaran dan produk untuk menganalisis keberkesanan dan kos pemasaran
Memberikan input kepada pasukan pemasaran untuk strategi pemasaran yang lebih berkesan
Laporan kepada Pihak Pengurusan
Merekodkan aktiviti dan interaksi dengan pelanggan secara sistematik
Menyediakan laporan berkala mengenai rekod jualan, kepuasan pelanggan, aduan, dan perkembangan hubungan pelanggan dan rekod pembelian berulang
Melaporkan statistik, maklum balas dan cadangan kepada pihak pengurusan untuk peningkatan perkhidmatan pelanggan dan jualan
Tugas Tambahan
Melaksanakan tugas tambahan yang diberikan oleh pihak pengurusan mengikut keperluan dan keadaan semasa
Mengambil inisiatif dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan memberikan sumbangan kepada peningkatan jualan syarikat
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.