Operator Kilang Qa & Qc

Nilai, M05, MY, Malaysia

Job Description

Revoobit Thoyyib Sdn. Bhd. (RTSB)


No. 108, Jalan Nilai 3/12, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan



Ringkasan Tugas:



Bertanggungjawab membantu dalam aktiviti kawalan dan jaminan kualiti sepanjang proses pengeluaran bagi memastikan produk memenuhi spesifikasi dan standard syarikat serta keperluan peraturan seperti GMP dan HACCP.

Tanggungjawab:



Menjalankan aktiviti penyampelan dan pemeriksaan sampel produk mengikut prosedur yang ditetapkan, termasuk bahan mentah, bahan pembungkusan, produk dalam proses (IPQC), dan produk akhir. Melaksanakan ujian asas ke atas bahan dan produk dengan bimbingan serta pemantauan daripada Eksekutif Kawalan Mutu. Melekatkan label "DILULUSKAN" atau "DITOLAK" pada bahan atau produk berdasarkan keputusan yang diterima daripada penyelia atau eksekutif. Menyemak maklumat bahan mentah yang diterima dan memastikan ia selaras dengan arahan kerja (BMR/BPR) sebelum digunakan dalam proses pengeluaran. Membantu dalam pemeriksaan berat, kuantiti dan kualiti produk selepas proses pencampuran, pengisian atau pembungkusan. Memastikan bahan pembungkusan yang digunakan adalah tepat, bersih dan dalam keadaan baik seperti yang dinyatakan dalam arahan kerja. Menjalankan pemeriksaan visual terhadap produk dan pembungkusan bagi mengesan sebarang ketidakpatuhan, kecacatan atau kerosakan. Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih dan kemas serta mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan. Melaporkan segera sebarang isu, kerosakan peralatan, atau ketidakpatuhan kepada Eksekutif Kawalan Mutu atau penyelia. Memberikan kerjasama yang baik kepada pasukan QA/QC dan jabatan lain bagi memastikan kelancaran operasi pengeluaran. Menjaga kerahsiaan maklumat berkaitan produk dan operasi syarikat serta mematuhi semua peraturan kerja dan SOP yang ditetapkan.

Kelayakan Minimum:



SPM atau Sijil Kemahiran berkaitan QA/QC atau bidang teknikal. Pengalaman bekerja dalam persekitaran pengeluaran adalah satu kelebihan. Mampu mengendalikan alat pengukuran asas dengan tepat. Mempunyai kesedaran terhadap aspek kualiti dan keselamatan produk.

Lokasi Temuduga:



Revoobit Thoyyib Sdn. Bhd. (RTSB)


No. 108, Jalan Nilai 3/12, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Job Types: Full-time, Contract

Pay: RM1,700.00 per month

Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1223258
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Nilai, M05, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned