Memberikan kerjasama yang baik dengan Pengurus Cawangan dalam merancang strategi yang bagus untuk meningkatkan hasil jualan cawangan.
Seorang yang petah berkomunikasi dengan sopan dan mampu menarik perhatian pelanggan untuk membeli barangan yang dijual di cawangan
Tanggungjawab
Menyumbang kepada kenaikan jualan kiosk & jualan cawangan.
Perkhidmatan Pelanggan - Menjawab pertanyaan, wajib memberi layanan dan juga bantuan kepada pelanggan walaupun DobiQueen ialah Dobi layan diri.
Drop Off Pick Up (DOPU) service: Membantu pelanggan mencuci dan mengeringkan pakaian.- Free Transfer service: Memindahkan pakaian pelanggan dari washer ke dryer.- Easy Folding service: Melipat pakaian pelanggan dengan teknik yang mudah untuk mengelakkan kedutan bagi Free Transfer & Drop Off Pick Up (DOPU) service (tanpa caj).- Folding Service: Melipat pakaian pelanggan mengikut SOP syarikat (caj dikenakan dan pekerja akan mendapat komisyen).
Menjaga kebersihan cawangan sepanjang waktu bekerja.
Menyediakan laporan harian - Opening, Closing dan Jualan Produk DobiQueen.
Menguruskan sebarang alat-alatan ie. gas, pump, dan sebagainya di dalam cawangan untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar.
Patuh dan sedia untuk bekerjasama dengan Outlet Manager dalam menguruskan cawangan.
Melaksanakan tugasan lain yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Bekerja seorang dalam cawangan, seperti anda adalah pemilik cawangan! Tiada masalah atau isu politik atau konflik dengan pekerja lain!
Manfaat
Cuti Tahunan (8 hari)
Pihak syarikat akan menyediakan pakaian seragam (Uniform) kepada pekerja sebanyak 3 helai.
EPF & SOCSO
Tuntutan perubatan (dari institusi kerajaan sahaja
Servis basuh baju percuma
Bonus 6 bulan sekali sekiranya mencapai KPI
Jam bekerja:
Waktu Bekerja (gaji pokok RM2,000) :
9.30am - 7.00pm / 11.30am - 9.00pm (bergantung kepada kekosongan)
Waktu rehat selama 2 jam
Bekerja 6 hari seminggu & cuti pada hari biasa.
Sebarang pertukaran waktu bekerja adalah atas budi bicara Pihak Syarikat.
Kerja lebih masa (OT) hanya perlu sekiranya diberitahu oleh pihak atasan.
** Semua calon yang terpilih perlu menjalani latihan selama lima (5) hari sebagai sebahagian daripada proses pengambilan kerja. Selama tempoh ini, prestasi kerja calon akan dipantau bagi menentukan jawatan sebagai pekerja sepenuh masa bergantung kepada potensi calon.** Keputusan mutlak dikeluarkan daripada pihak syarikat adalah muktamad.
Soal Jawab Jawatan
Tanya soalan dan majikan akan menjawab tentang jawatan ini
Maukerja
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.