Calon mesti memiliki sijil berkaitan Perawatan Prahospital, Jururawat, Pembantu Perubatan atau berkaitan
Fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris
Sikap positif, disiplin tinggi, bertanggungjawab, semangat kerja berpasukan, kemahiran interpersonal yang baik
Mempunyai kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang baik.
Boleh menyesuaikan diri dengan perubahan, berupaya menghadapi cabaran baru.
Kemahiran menyelesaikan masalah yang baik, mampu mengharungi situasi atau keadaan yang tidak dijangka.
Mempunyai lesen memandu yang sah
Tanggungjawab
Paramedik Ambulans akan mengendalikan panggilan kes kecemasan,penghantaran pesakit bukan kecemasan, penghantaran pesakit kritikal, bekerja mengikut protokol perubatan atas talian dan luar talian oleh Pengarah Perubatan.
Memberi rawatan kecemasan prahospital kepada yang sakit dan cedera termasuk rawatan lanjutan ALS, di lokasi dan dalam perjalanan ke hospital.
Melakukan penjagaan kritikal kepada pesakit semasa pemindahan antara hospital
Melaksanakan penghantaran bukan kecemasan, membawa pesakit ke temujanji di hospital atau pulang dari hospital.
Bertindak ke insiden besar atau bencana, untuk memberikan bantuan perubatan kepada yang memerlukan.
Mengendalikan ambulans dengan selamat dan bertanggungjawab, mengikut prosedur operasi standard dan peraturan pihak berkuasa yang berkaitan.
Melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan ambulans dan peralatan, memastikan ia berada dalam keadaan optimum dan kesiapsiagaan yang tertinggi pada setiap masa.
Terkini dalam pengetahuan dan kemahiran, sentiasa meningkatkan keupayaan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam latihan klinikal dan bukan klinikal termasuk pendidikan perubatan berterusan (CME).
Manfaat
48 jam kerja seminggu, selebihnya dikira OT
KWSP
PERKESO
EIS
Insurans
Bayaran Kerja Lebih Masa (OT)
Elaun
Insentif prestasi
Peluang latihan lanjutan
Cuti Tahunan (AL) and Cuti Sakit (MC) mengikut peruntukan seperti dalam undang-undang pekerja
Soal Jawab Jawatan
Tanya soalan dan majikan akan menjawab tentang jawatan ini
Maukerja
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.