Pengambilan Part Time Sales Agent (Berpeluang Diserap Tetap)
Syarikat kami sedang mencari
Part Time Sales Agent
yang benar-benar bermotivasi, berdisiplin dan mampu mencapai target. Disebabkan pekerja sales sebelum ini tidak bertahan lama, kami kini memilih untuk mengambil
part timer terlebih dahulu
untuk menilai
prestasi, komitmen dan kesesuaian
sebelum menawarkan jawatan tetap.
Kenapa Part Time Dulu?
Untuk melihat
prestasi sebenar
(sales skill, komunikasi, follow-up).
Menilai
disiplin & komitmen kerja
.
Pastikan hanya calon yang betul-betul serius akan diserap sebagai
Sales Executive Tetap
.
Tanggungjawab Utama
Menjalankan aktiviti jualan mengikut SOP syarikat.
Mencari prospek baharu melalui call, WhatsApp, social media atau site visit (bergantung pada industri).
Follow up pelanggan sehingga closing sale.
Sediakan report ringkas prestasi harian/mingguan.
Menjaga profesionalisme, imej dan nama baik syarikat.
Kriteria yang Dicari
Berpengalaman dalam sales adalah satu kelebihan.
Boleh bekerja secara berdikari tanpa perlu disuruh.
Komunikasi jelas & mampu meyakinkan pelanggan.
Mempunyai disiplin tinggi (kehadiran, follow-up & reporting).
Mempunyai pengangkutan sendiri dengan lesen memandu yang sah.
Kelebihan
Latihan disediakan bagi mereka yang layak.
Prestasi yang memuaskan akan dipertimbangkan untuk
jawatan tetap
dalam masa 1-3 bulan.
Peluang kenaikan pangkat & komisen lebih tinggi.
Makan tengahari disediakan secara percuma.
Kerja hanya Isnin-Jumaat. Sabtu Ahad cuti.