Pegawai Komersial (wilayah Timur)

Gua Musang, M03, MY, Malaysia

Job Description

Jawatan: Pegawai Komersial (Wilayah Timur)



Lokasi:

Wilayah Timur

Jabatan:

Bahagian Komersial

Objektif Jawatan:



Pegawai Komersial bertanggungjawab melaksanakan dan menyelia aktiviti berkaitan penyewaan, hasil komersial serta pemantauan operasi aset di bawah seliaan Wilayah Timur. Peranan ini memerlukan kemahiran komunikasi, pengurusan pelanggan dan penyelarasan antara pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan hasil komersial dan operasi sewaan berjalan lancar serta mematuhi dasar syarikat.

Tanggungjawab Utama:



1. Pengurusan & Penyelarasan Penyewaan



Mengurus pertanyaan sewaan daripada pelanggan termasuk lokasi, proses permohonan, syarat pajakan dan kekosongan kiosk. Menyelia dan menyelaras lawatan tapak bersama penyewa atau pemohon baharu serta menyediakan laporan lawatan. Menilai dan menyiasat aduan atau isu berkaitan penyewa dan aktiviti komersial pihak ketiga. Menyediakan laporan status sewaan dan prestasi hasil untuk dilaporkan kepada Ibu Pejabat. Menyediakan dokumen untuk mesyuarat Jawatankuasa Penyewaan dan Pemajakan (JKPP). Memantau pematuhan penyewa terhadap syarat pajakan serta mengambil tindakan susulan jika perlu. Mengurus dan menyelaras penyerahan dokumen berkaitan pajakan kepada penyewa aktif.

2. Pengurusan Hasil & Tunggakan Sewa



Memantau dan memastikan kutipan hasil sewaan berjalan lancar. Menyemak laporan kutipan dan baki tunggakan secara berkala. Menjalankan panggilan atau lawatan peringatan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan. Menyelia penggunaan sistem RAILS oleh pelanggan bagi pendaftaran dan pembayaran sewaan.

3. Pemantauan Operasi Komersial & Parking



Memantau operasi kawasan parkir di bawah pengurusan operator yang dilantik. Memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan operasi kawasan komersial berada dalam piawaian yang ditetapkan.

4. Hubungan Pihak Berkepentingan (Stakeholder Engagement)



Mewakili syarikat dalam mesyuarat bersama pemimpin komuniti dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Bekerjasama dengan Unit Wilayah lain dan Ibu Pejabat dalam isu sempadan tanah, zon keselamatan dan urusan pajakan.

Kelayakan Minimum:



Ijazah/Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan, Perdagangan, Hartanah atau bidang berkaitan. Sekurang-kurangnya 2-3 tahun pengalaman dalam pengurusan sewaan, perkhidmatan pelanggan atau pentadbiran komersial. Kemahiran komunikasi yang baik secara lisan dan bertulis (Bahasa Melayu & Inggeris). Kemahiran organisasi dan pengurusan data yang baik. Mampu bekerja secara berdikari dan berpasukan dengan tahap integriti tinggi. Mempunyai kemahiran komputer asas (Microsoft Office, emel, laporan digital). Mempunyai lesen memandu yang sah dan bersedia untuk perjalanan kerja di Wilayah Timur.
Job Types: Full-time, Permanent

Pay: RM2,000.00 - RM3,500.00 per month

Benefits:

Dental insurance Health insurance Maternity leave Parental leave Professional development Vision insurance
Application Question(s):

What's your expected monthly basic salary? How much notice are you required to give your current employer?
Education:

Bachelor's (Preferred)
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD1272149
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Gua Musang, M03, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned