Pegawai Operasi (syarikat Kawalan Keselamatan)

Teluk Panglima Garang, M10, MY, Malaysia

Job Description

JAWATAN KOSONG: PEGAWAI OPERASI (SELANGOR)

Kami sedang mencari calon Pegawai Operasi yang berpengalaman, tegas, berdisiplin dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami di sekitar Selangor.

Syarikat berpejabat di sekitar Kota Kemuning dan Saujana Putra.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

Memastikan pengawal keselamatan hadir bertugas mengikut jadual.
Menyelia dan memantau kehadiran, disiplin, penampilan dan kelakuan anggota keselamatan.
Menyediakan roster/jadual tugasan dan memastikan kelancaran penugasan harian.
Melakukan lawatan ke semua lokasi klien bagi pemeriksaan berkala dan menyediakan laporan lawatan.
Memastikan semua SOP keselamatan dipatuhi dan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Memberi taklimat kepada anggota keselamatan mengenai arahan baharu & penambahbaikan SOP.
Menjadi penyelaras utama bagi menangani sebarang insiden keselamatan di lokasi bertugas.
Menyediakan laporan insiden dan memastikan tindakan susulan diambil segera.
Menyelesaikan aduan berkaitan prestasi pengawal keselamatan secara profesional.
Memastikan semua peralatan keselamatan (pakaian seragam, buku laporan, dll.) mencukupi dan dalam keadaan baik.
Mahir dalam penyediaan & semakan dokumen kontrak kerajaan, termasuk Borang PKK (Perkhidmatan Kawalan Keselamatan) .
KELAYAKAN DIPERLUKAN

Berpengalaman dalam bidang Pengurusan Keselamatan (kelebihan).
Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang keselamatan.
Bekas anggota badan beruniform (TDM,TUDM,TLDM,PDRM,BOMBA,APMM,RELA,JPAM @ POLIS BANTUAN) amat dialu-alukan.
Berperwatakan tegas dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Patuh masa, berdedikasi dan bertanggungjawab.
Tiada rekod jenayah.
Warganegara Malaysia (Lelaki sahaja).
Berumur antara 25 - 55 tahun.
Boleh bekerja syif (siang/malam) serta pada hujung minggu.
Mempunyai lesen memandu & kenderaan sendiri (kelebihan).
Mampu bekerja secara berdikari dan mengurus kakitangan dengan baik.
LOKASI BERTUGAS

Sekitar Selangor (mengikut lokasi tapak projek).

GAJI DITAWARKAN

RM2,500 - RM3,000 sebulan (bergantung kepada pengalaman & kebolehan).

Elaun tambahan akan dipertimbangkan mengikut prestasi kerja dan tanggungjawab.

Job Type: Full-time

Pay: RM2,300.00 - RM3,500.00 per month

Ability to commute/relocate:

Telok Panglima Garang: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)
Education:

* STM/STPM (Preferred)

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD1293861
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Teluk Panglima Garang, M10, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned