Jawatan: Pengurus Operasi (Operations Manager) - Muse Eco Park
Lokasi:
Muse Eco Park
Jenis Pekerjaan:
Sepenuh Masa
Pengalaman:
2-5 tahun dalam bidang operasi F&B, resort, hotel, atau hospitality
Gaji:
Mengikut pengalaman
Ringkasan Jawatan
Muse Eco Park sedang mencari seorang
Pengurus Operasi
yang berpengalaman untuk memastikan semua bahagian operasi berjalan lancar, teratur dan mematuhi standard syarikat. Individu ini akan bertanggungjawab memantau pasukan, menjaga kualiti servis, memastikan fasiliti dalam keadaan baik, serta memastikan semua SOP dipatuhi setiap hari.
Tanggungjawab Utama
Mengurus operasi harian resort, restoran, dan fasiliti di Muse Eco Park
Memantau prestasi dan disiplin kakitangan serta menyelesaikan isu berkaitan kerja
Menyusun jadual kerja staf dan memastikan kepatuhan terhadap SOP
Melakukan pemeriksaan berkala terhadap kebersihan, penyelenggaraan dan keselamatan tapak
Mengurus inventori, stok dan memastikan penggunaan sumber secara efisien
Menyelia proses layanan pelanggan dan menyelesaikan aduan secara profesional
Menyediakan laporan harian, mingguan dan bulanan kepada pihak pengurusan
Menyelaras operasi semasa acara, group booking dan waktu puncak
Mengenalpasti masalah operasi dan mengambil tindakan pembetulan segera
Kelayakan & Kemahiran
Minimum 2 tahun pengalaman dalam operasi hotel, resort, restoran atau sektor hospitality
Kemahiran kepimpinan yang baik dan mampu mengurus pasukan pelbagai jawatan
Berkemahiran menyusun jadual, mengendalikan SOP serta menyelesaikan masalah secara sistematik
Komunikasi yang jelas, tegas dan profesional
Mampu bekerja di lapangan (hands-on) dan tahan tekanan
Celik teknologi - mampu menggunakan WhatsApp, Google Sheet atau sistem operasi asas
Sikap proaktif, bertanggungjawab dan boleh bekerja tanpa pengawasan rapat
Faedah
Gaji berdasarkan pengalaman dan prestasi
Peluang kenaikan pangkat
Latihan dan bimbingan berkala
Persekitaran kerja yang stabil dan berkembang
Job Type: Full-time
Pay: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
Flexible schedule
Free parking
Maternity leave
Opportunities for promotion
Parental leave
Professional development
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.