Pembantu Eksekutif Kanan (pemantauan Projek)

Johor Bahru, Malaysia

Job Description

b'

LOKASI PENEMPATAN BEKERJA Permodalan Darul Ta\'zim Sdn Bhd (PDT) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Membantu pelaksanaan tugas-tugas Jabatan Pemantauan Projek berjalan dengan lancar sebagaimana arahan Eksekutif; 2. Membantu menjalankan pemantauan pencapaian projek semasa proses bidaan atau pra-pembinaan (tender / pre-construction), pembinaan (construction) dan selepas pembinaan siao (post-construction) bagi memastikan pelaksanaan sesebuah projek mengikut tempoh masa kontrak atau garis masa dan sasaran yang telah ditetapkan; 3. Membantu menjalankan lawatan tapak mengikut keperluan bagi memeriksa keadaan (termasuklah mengenalpasti isu dan masalah) di tapak projek dan menyertai lawatan kerja yang melibatkan pihak pengurusan tertinggi PDT atau Pegawai Kerajaan; 4. Membantu menjalankan sesi engagement, mengadakan dan menyertai mesyuarat bersama rakan kongsi syarikat usahasama dan pihak berkepentingan bagi menyelaras perancangan pelaksanaan projek, memantau dan menilai prestasi pelaksanaan projek dari semasa ke semasa dan pemakluman sebarang perubahan berkaitan projek; 5. Menyediakan maklumat hasil pemantauan di lawatan tapak atau mesyuarat yang disertai melalui laporan atau minit mesyuarat bagi pemakluman kepada pihak pengurusan tertinggi PDT; 6. Membantu menyediakan laporan berkaitan projek bagi pelaporan kepada pihak pengurusan tertinggi PDT; 7. Mengemaskini urusan pentadbiran bagi Sektor Penyelidikan dan Pemantaun Projek (RPM) dari semasa ke semasa terutamanya perekodan dokumen, sistem fail dan pengkalan data projek; 8. Membantu menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Pemantauan Projek PDT dan mematuhi SOP mengikut proses dan carta alir yang berkaitan sebagaimana yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan tertinggi PDT; 9. Membantu penyediaan maklumat teknikal bagi cadangan projek baharu atau berpotensi bagi penilaian kebolehlaksanaan sesebuah projek; 10. Membantu menyediakan kertas cadangan dan slaid pembentangan maklumat projek secara kreatif bagi sektor RPM bagi kegunaan mesyuarat khas PDT dan bagi tujuan-tujuan lain yang berkaitan; 11. Menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Pembantu Pemantauan Projek PDT berdasarkan keterangan tugas yang telah ditetapkan untuk kelulusan Timbalan Presiden RPM; 12. Menyertai latihan, bengkel dan seminar yang bersesuaian dengan skop keterangan tugas terkini dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan jumlah jam latihan yang ditetapkan oleh Jabatan Sumber Manusia; 13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Timbalan Presiden RPM dari semasa ke semasa. Tugas-Tugas Khas: 1. Menyelaras dan membantu melaksanakan tugas yang melibatkan urus tadbir syarikat PDT Oil & Gas Services Sdn Bhd dari semasa ke semasa termasuklah mewakili syarikat untuk urusan rasmi, penyediaan laporan & kertas kelulusan ahli lembaga pengarah, perekodan dokumen, pengurusan sistem fail dan pangkalan data dan tugas-tugas lain yang berkaitan sebagaimana arahan Ketua Pegawai Eksekutif PDT Oil & Gas Services Sdn Bhd; 2. Menyelaras urus tadbir kos dan kontrak syarikat yang melibatkan tender dan proses perolehan serta pembayaran syarikat; 3. Menyelaras dan membantu tugas-tugas yang melibatkan hal ehwal pengurusan syarikat bagi memastikan fungsi dan peranan syarikat dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selaras dengan objektif penubuhannya. SYARAT DAN KELAYAKAN 1. Warganegara Malaysia; 2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pembangunan Projek (Project Development) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 3. Mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang berkaitan pembangunan projek sekurang-kurangnya DUA (2) tahun; 4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; 5. Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya. GAJI DAN POTONGAN 1. Purata gaji RM2,950.00 hingga RM3,850.00 sebulan; 2. Potongan KWSP, SOCSO dan EIS. Salary: RM2,950.00 - RM3,850.00 per month Education:
  • Bachelor\'s (Preferred)
Experience:
  • work: 2 years (Preferred)

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD920945
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Johor Bahru, Malaysia
  • Education
    Not mentioned