Job Description


KRITERIA PALING PENTING: 1. Ingin bekerja lama (1-3 tahun atau lebih lagi bagus). Yang ingin bekerja lama akan lebih diberi pertimbangan 2. Lelaki / Wanita dialu-alukan untuk memohon 3. Bersedia untuk menimba ilmu baru (sekiranya belum ada pengalaman bekerja di kedai cermin mata) 4. Jujur dan amanah 5. Menunaikan tanggungjawab Islam ke atas diri 6. Menetap di sekitar Masjid Tanah atau sanggup untuk berulang sekiranya tinggal jauh BIDANG TUGAS 1. Melayan dan memberi nasihat kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan dan produk yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan. 2. Memproses bayaran. 3. Menyusun produk dan memastikan tahap stok dijaga dengan baik. 4. Mempromosikan kad kedai atau tawaran istimewa. 5. Memberi maklumat kepada pelanggan mengenai harga dan kegunaan produk. 6. Mengendalikan aduan pelanggan. 7. Mengemas kini rekod pelanggan dalam pangkalan data syarikat. 8. Bekerjasama dengan rakan sekerja untuk memantau pesanan pelanggan siap tepat pada waktunya. 9. Membuat kerja-kerja pembersihan, pemasaran, dan lain-lain kerja yang diarahkan oleh syarikat.
Hawa Saadah Optometry (HSO) telah didaftarkan pada 27 Jun 2016 dan beroperasi sepenuhnya pada 16 Ogos 2016. Pada 24 Januari 2020, HSO telah dinaik taraf kepada syarikat bumiputera dengan menggunakan nama HS Optometrist Sdn. Bhd. HSO adalah sebuah praktis optometri yang berdaftar dengan Majlis Daerah Alor Gajah dan Majlis Optik Malaysia iaitu agensi dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehingga hari ini, HSO telah mempunyai tiga orang Optometris bertauliah yang merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sentiasa berusaha menyediakan servis pemeriksaan mata secara profesional, efisien dan mesra pelanggan. HSO berhasrat untuk menggunakan pendekatan inovatif dan teknologi terkini bagi membantu mendiagnosis masalah penglihatan dengan lebih baik dan sistematik. Besar harapan kami agar masyarakat umum terutamanya di pinggir bandar dapat dibantu dengan kehadiran kedai kami. HSO juga mempunyai pasukan perunding optik berpengalaman dalam memberikan tips-tips berguna berkaitan cermin mata dan kanta lekap. Matlamat HSO adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dalam penjagaan mata dan penglihatan serta mewujudkan pengalaman yang hebat dan menarik kepada para pelanggan.
SPM / O Level / SKM Level 1 / SKM Level 2 / SKM Level 3 or Equivalent

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD881669
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Melaka, Malaysia
  • Education
    Not mentioned