Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau operasi keselamatan secara menyeluruh merangkumi semua lokasi klien. Memastikan semua tugasan keselamatan dilaksanakan dengan cekap, memenuhi kehendak pelanggan, dan mematuhi prosedur serta piawaian syarikat dan undang-undang berkaitan.
Deskriptasi Kerja
Menyelia dan mengurus pelaksanaan operasi keselamatan di semua lokasi yang ditetapkan.
Memantau dan menyelia prestasi Pegawai Operasi bagi memastikan tugas dan tanggungjawab mereka dilaksanakan mengikut piawaian syarikat.
Menyediakan dan menyemak jadual tugasan, memastikan bilangan pengawal mencukupi dan mengikut keperluan klien.
Menangani isu berkenaan prestasi anggota keselamatan dan memastikan tindakan pembetulan diambil.
Merancang strategi operasi jangka pendek dan panjang.
Menilai dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.
Mengeratkan hubungan baik dengan pelanggan sedia ada dan menangani sebarang aduan atau permintaan khas.
Menyediakan laporan prestasi berkala kepada pelanggan dan pengurusan atasan.
Melakukan audit berkala di tapak keselamatan untuk memastikan pematuhan kepada SOP dan piawaian industri keselamatan.
Membantu dalam proses pengambilan, latihan, penempatan dan penilaian prestasi anggota keselamatan
Menyediakan laporan insiden, laporan prestasi dan pelbagai dokumentasi berkaitan operasi.
Mengurus bajet dan kos operasi keselamatan termasuk overtime dan logistik.
Bertindak sebagai pegawai utama dalam menyelaras tindakan kecemasan dan penyiasatan kes keselamatan.
Menilai potensi risiko dan menyediakan pelan tindakan mitigasi.
Kelayakan
Kelayakan Akademik: Diploma/Ijazah dalam Pengurusan Keselamatan, Pentadbiran Perniagaan, atau bidang berkaitan.
Pengalaman: Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam sektor keselamatan, termasuk 2 tahun dalam jawatan pengurusan.
Kepimpinan dan pengurusan pasukan yang kuat.
Kemahiran komunikasi, interpersonal dan penyelesaian masalah yang tinggi.
Kemahiran menyediakan laporan dan analisis data operasi.
Mahir dalam penggunaan perisian Microsoft Office & sistem pengurusan keselamatan.
Mempunyai lesen memandu D/B2 dan bersedia untuk bekerja di luar waktu pejabat.
Job Type: Full-time
Pay: Up to RM4,000.00 per month
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.