Penolong (gis)

Nusajaya, M01, MY, Malaysia

Job Description

PENEMPATAN LOKASI BEKERJA



PDT Asset Sdn Bhd (PDTA), Kota Iskandar.

Bahagian : Perancangan dan Geospatial (GPD)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB



1. Membantu dalam penyelarasan dan pengurusan penyediaan pangkalan data maklumat hartanah milik PDT termasuk memastikan data spatial dan digital sentiasa dikemaskini, lengkap, tepat serta boleh diakses oleh pihak berkepentingan sebagai rujukan rasmi jabatan.

2. Membantu melaksanakan lawatan tapak dan menyediakan laporan status semasa tanah secara terperinci, termasuk pemerhatian teknikal, dokumentasi bergambar, serta analisis ringkas bagi menyokong penyediaan kertas perakuan dan penilaian oleh jabatan.

3. Membantu dalam penyediaan, penyemakan, dan pengemaskinian pelan tanah sama ada dalam bentuk fizikal atau digital, dengan mengambil kira keperluan teknikal, piawaian pemetaan, serta kesesuaian untuk tujuan pentadbiran dan perundangan tanah.

4. Membantu menjalankan siasatan dan cerapan teknikal ke atas tanah milik PDT SSI dengan menggunakan teknologi terkini seperti drone, sistem LiDAR, peralatan GPS dan aplikasi GIS, bagi memastikan ketepatan data serta menyokong proses pengurusan maklumat hartanah.

5. Membantu menyediakan laporan tanah dan laporan pemantauan berkala yang merangkumi aspek fizikal, teknikal, penggunaan semasa, serta cadangan penambahbaikan, agar dapat dijadikan bahan rujukan dalam perancangan dan penguatkuasaan jabatan.

6. Membantu menyelaras dan menguruskan lawatan tapak bersama pihak prospek untuk tujuan pajakan, sewaan atau pembangunan tanah, termasuk memberi sokongan teknikal, penyediaan dokumen ringkas, dan memastikan lawatan dilaksanakan mengikut tatacara jabatan.

7. Melaksanakan tugasan khas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan PDTA dari semasa ke semasa, meliputi apa-apa urusan teknikal, pentadbiran, atau penyelidikan berkaitan hartanah, dengan memastikan setiap tugasan dilaksanakan secara profesional, teratus dan menepati tempoh masa yang ditetapkan.

SYARAT DAN KELAYAKAN



1. Warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada calon lelaki yang berasal dari Johor;

2. Memiliki kelayakan minima

Diploma

pengkhususan

Sains Ukur dan Geomatik (GIS) / Lain-lain berkaitan

yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai ilmu pengetahuan tentang

penyediaan pelan tanah, asas alat ukur tanah

;

3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya

SATU (1)

tahun di dalam bidang berkaitan;

4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;

5. Mahir dalam kerja - kerja di lapangan (Site Work);

6. Mempunyai kemahiran dalam perisian seperti Microsoft Office 365, Agisoft Metashape, AutoCAD;

7. Kemahiran dalam pengendalian perkakasan dan perisian dron seperti DJI Terra, Drone Pilot Mapping amat digalakkan.

GAJI DAN POTONGAN



1. Purata gaji RM2,000.00 hingga RM2,900.00 sebulan;

2. Potongan KWSP, SOCSO dan EIS.

Job Types: Full-time, Contract
Contract length: 24 months

Pay: RM2,000.00 - RM2,900.00 per month

Benefits:

Additional leave Dental insurance Free parking Health insurance Maternity leave Opportunities for promotion Professional development
Work Location: In person

Application Deadline: 11/06/2025
Expected Start Date: 11/24/2025

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1255287
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Nusajaya, M01, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned