Penolong Kanan (projek Khas)

Johor Bahru, M01, MY, Malaysia

Job Description

LOKASI PENEMPATAN BEKERJA



Permodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd (PDT)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB



1.

Membantu mengurus pengurusan dan pentadbiran Jabatan Projek (Khas) berdasarkan gerak kerja dari semasa ke semasa iaitu:



a) Membantu menyediakan gerak kerja Jabatan Projek (Khas) dan memastikan pelaksanaan tugas-tugas jabatan berjalan dengan lancar sebagaimana arahan Pengarah Eksekutif Pembangunan Strategik (ED SD) dan Eksekutif Kanan/Eksekutif;

b) Membantu menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bahagian SD berdasarkan KPI yang telah disasarkan oleh PDT;

c) Membantu menyediakan Bajet kakitangan Jabatan Projek (Khas) berdasarkan keperluan untuk kelulusan Pengarah Eksekutif Pembangunan Strategik (ED SD) dan memantau perbelanjaan Bajet agar mencukupi untuk digunakan sepanjang tahun;

d) Menyertai latihan, bengkel dan seminar yang bersesuaian dengan skop keterangan tugas terkini dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan jumlah jam latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Sumber Manusia.

2.

Membantu mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kerja Jabatan Projek (Khas) PDT iaitu:



a) Membantu mengetuai dalam membina satu rangkaian perniagaan bagi memperluaskan perkhidmatan PDT melalui:

Jabatan dan Agensi Kerajaan Swasta / Korporat; dan Pihak Antarabangsa
b) Membantu menjalankan kajian pasaran dan ekonomi bagi mengenal pasti peluang pembangunan perniagaan yang baru berdasarkan empat (4) industri utama PDT;

c) Membantu mengenalpasti dan menyediakan laporan kajian berdasarkan aspek teknologi, kebolehlaksanaan dan keupayaan syarikat bagi tujuan penyediaan kertas kelulusan Lembaga Pengarah PDT;

d) Membantu penyediaan kertas cadangan dan pembentangan maklumat secara kreatif dan penyampaian maklumat kepada rakan kongsi syarikat usahasama dan pihak berkepentingan di peringkat PDT;

e) Membantu menjalankan sesi engagement, mengadakan dan menyertai mesyuarat bersama rakan kongsi syarikat usahasama & pihak berkepentingan bagi membincangkan cadangan projek di PDT;

f) Membantu melaksanakan perbincangan dan memberi pandangan dari bersama syarikat atau jabatan / agensi berkaitan agar dapat menghasilkan kerjasama strategik bagi membuat keputusan pelaburan usahasama yang terbaik; dan

g) Membantu menyediakan laporan berkaitan bagi pelaporan kepada pihak pengurusan tertinggi PDT.

3. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Strategik (ED SD) dan Eksekutif Kanan/Eksekutif dari masa ke semasa.

SYARAT DAN KELAYAKAN



1. Warganegara Malaysia;

2. Memiliki kelayakan

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan atau lain-lain bidang berkaitan

yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang berkaitan pembangunan projek sekurang-kurangnya

DUA (2)

tahun;

4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;

5. Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya; dan

6. Berfikiran secara kreatif dan inovatif.

GAJI DAN POTONGAN



1. Purata gaji berserta elaun tetap adalah RM2,500.00 hingga RM2,900.00 sebulan; dan

2. Potongan KWSP, SOCSO dan EIS.

Job Types: Full-time, Contract
Contract length: 24 months

Pay: RM2,500.00 - RM2,900.00 per month

Benefits:

Free parking Health insurance Maternity leave Opportunities for promotion Parental leave Professional development
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1267795
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Johor Bahru, M01, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned