Penolong Pengarah Seksyen Akreditasi Dan Pengiktarafan, Gred M41

Brickfields, M14, MY, Malaysia

Job Description

Job description:

Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (Lembaga) yang ditubuhkan di bawah Bahagian II Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang berikut:

PENOLONG PENGARAH SEKSYEN AKREDITASI DAN PENGIKTIRAFAN



GRED M41



Gaji dan Elaun:



1. Skala Gaji : RM2,422.00 - RM3,044.48

2. Elaun Tetap : Elaun Sara Hidup (RM350.00)

: Elaun Perumahan (RM300.00)

3. Elaun Tambahan : Elaun Perjalanan (jika berkenaan)

4. Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

5. Waktu Bekerja : Isnin - Jumaat (8:15 pagi - 5:00 petang) namun perlu bersedia untuk kerja lebih masa sekiranya mendapat arahan daripada pihak atasan

6. Jenis Lantikan : Jawatan tetap tanpa pencen

7. Bilangan Kekosongan : 1

Syarat Lantikan:



1. Warganegara Malaysia;

2. Pemegang

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)

yang diiktiraf oleh Kerajaan

terutama dalam

bidang Undang-Undang

;

3. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya

dua (2) tahun

dalam

bidang Undang-Undang

,

Akreditasi Program Pendidikan Tinggi, Pendidikan (Pengajian Tinggi)

atau bidang berkaitan;

4. Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM;

5. Mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (komunikasi lisan dan bertulis);

6. Mahir dalam penggunaan sistem teknologi maklumat; dan

7. Mahir dalam menggunakan perisian pengurusan pejabat seperti Microsoft Word, Excel dan Power Point.

Deskripsi Tugas:



Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan dan profesional sepenuh masa berhubung dengan urusan-urusan, yang antara lainnya, seperti yang berikut:

(a) Menguruskan permohonan akreditasi program undang-undang dan permohonan pengiktirafan program undang-undang daripada universiti tempatan dan universiti luar negara;

(b) Menguruskan perkara berkaitan dengan Common Bar Course;

(c) Menguruskan dan mengemas kini UK Guidelines dan Australia and New Zealand Guidelines;

(d) Menguruskan hal berkaitan Akta, Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah;

(e) Menguruskan semakan kehakiman yang berkaitan dalam bidang tugas;

(f) Menyediakan draf Kertas Lembaga berkenaan perkara yang berkaitan dengan bidang tugas; dan

(g) Melaksanakan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan Sijil Amalan Guaman dari semasa ke semasa.

Cara Memohon:



Sekiranya tuan/puan berminat untuk memohon jawatan ini, tuan/puan boleh menghantar

resume lengkap berserta salinan sijil akademik dan dokumen yang berkaitan

melalui pos, serahan tangan atau e-mel kepada:

Alamat : Unit Pengurusan Sumber Manusia

Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia

Unit 22-01, Aras 22, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat

No. 33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur.

E-mel : seksyen.psm@lpqb.org.my

Tarikh Tutup Permohonan:



Tarikh tutup permohonan adalah pada

24 November 2025

.

Catatan:



1. Hanya calon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri

sesi temu duga yang dijangka akan diadakan pada akhir bulan November atau awal bulan Disember 2025

.

2. Jika terdapat apa-apa pertanyaan berkaitan dengan perkara di atas, tuan/puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-2260 1368/03-2260 1369.

Job Type: Full-time

Benefits:

Dental insurance Flexible schedule Health insurance Maternity leave Parental leave
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1299265
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Brickfields, M14, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned