Sebagai Pembantu Peribadi (PA) kepada Bos, anda bertanggungjawab memberikan sokongan penuh dalam aspek profesional dan peribadi bagi memastikan kelancaran tugasan harian, jadual, dan urusan penting beliau. Anda akan menjadi orang kepercayaan utama dalam membantu bos mengurus masa, komunikasi, perjalanan, dan perkara-perkara sensitif.
Tanggungjawab Utama:
- Menyusun, menyelaras dan mengurus jadual harian, termasuk mesyuarat, temu janji, dan urusan rasmi/peribadi bos.
- Mengendalikan semua komunikasi keluar masuk (e-mel, panggilan telefon, surat-menyurat) dengan bijak dan berhemah.
- Merancang dan menguruskan urusan perjalanan (domestik dan antarabangsa), termasuk tempahan tiket, hotel dan pengangkutan.
- Sentiasa bersedia untuk travel ke lokasi berbeza mengikut keperluan kerja tanpa banyak halangan atau alasan.
- Menjadi pengiring kepada bos semasa mesyuarat luar, lawatan tapak atau urusan rasmi/peribadi.
- Menjadi penghubung antara bos dan pihak dalaman (kakitangan syarikat) serta pihak luar (klien, pembekal, pihak kerajaan dll).
- Mengurus perkara-perkara sulit dan maklumat peribadi dengan tahap kerahsiaan yang tinggi.
- Menyemak, mengingatkan dan membantu bos membuat susulan terhadap tugasan penting atau tarikh akhir.
- Melaksanakan tugasan khas atau ad-hoc atas arahan langsung daripada bos.
Kelayakan:
- Minimum Diploma dalam bidang Pentadbiran, Pengurusan Perniagaan, atau setaraf.
- Pengalaman minimum 1-2 tahun sebagai PA kepada individu adalah satu kelebihan besar.
- Mempunyai lesen memandu yang sah (kelas D) dan boleh memandu kenderaan syarikat/bos bila diperlukan.
Kemahiran:
- Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang sangat baik.
- Mahir menggunakan Microsoft Office dan aplikasi pengurusan jadual.
- Mempunyai keupayaan multitugas dan bekerja dengan pantas serta cekap.
- Bijak menyusun keutamaan dan mampu bekerja di bawah tekanan.
- Mampu bertindak secara profesional dalam semua keadaan, termasuk situasi sulit.
Ciri Peribadi:
- Tinggi tahap integriti, amanah, dan boleh dipercayai.
- Disiplin, teratur, dan proaktif.
- Fleksibel dari segi masa bekerja (termasuk luar waktu pejabat jika perlu).
- Berpenampilan kemas dan mempunyai etika kerja yang tinggi.
- Menjaga kerahsiaan maklumat peribadi dan urusan bos dengan sepenuhnya.
Job Type: Full-time
Pay: RM1,800.00 - RM2,200.00 per month
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.
Job Detail
Job Id
JD1240530
Industry
Not mentioned
Total Positions
1
Job Type:
Full Time
Salary:
Not mentioned
Employment Status
Permanent
Job Location
Seri Kembangan, M10, MY, Malaysia
Education
Not mentioned
Apply For This Job
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.