Production Supervisor

Jasin, M04, MY, Malaysia

Job Description

Kelayakan Utama



Diploma Halal / Sijil Pengendalian Makanan / Sijil Kesedaran Halal.

Minimum 2 tahun pengalaman dalam bidang pengeluaran makanan (lebih baik dalam industri tradisional/halal). Pengetahuan asas tentang standard Halal, HACCP, GMP dan kebersihan makanan.

Ciri-Ciri yang Diperlukan



Rajin, berdisiplin dan mempunyai tanggungjawab tinggi. Kemahiran komunikasi yang bagus untuk berhubung dengan staf dan pengurusan. Seorang yang tegas tetapi adil dalam membuat keputusan. Mampu bekerja dalam tekanan dan mengawal situasi dengan baik. Proaktif, cepat belajar dan boleh menyelesaikan masalah dengan pantas.

Jobscope / Tanggungjawab Utama



1. Kawalan & Pengurusan Staf



Menyelia dan memantau staf pengeluaran agar mematuhi SOP syarikat. Membahagikan tugasan harian kepada staf production. Memberi latihan asas, tunjuk ajar dan bimbingan kepada staf baru. Memastikan disiplin, kehadiran dan produktiviti staf berada pada tahap memuaskan.

2. Pengendalian Stok Belacan



Memastikan stok bahan mentah (ikan, udang, garam, dsb.) mencukupi untuk pengeluaran. Mengawal stok separuh siap dan siap, termasuk proses penyimpanan mengikut piawaian kebersihan & keselamatan makanan. Melaporkan baki stok harian kepada pihak Inventori / Pengurusan. Membantu mengurangkan pembaziran dan kerugian akibat kerosakan stok.

3. Pemantauan Operasi Produksi



Memastikan kualiti produk belacan yang dihasilkan menepati standard syarikat (bersih, halal, berkualiti). Menyelia kelancaran proses pengeluaran dari awal hingga akhir. Memantau kebersihan ruang produksi serta mematuhi piawaian keselamatan dan kebersihan (HACCP/GMP jika berkaitan). Mengenal pasti masalah dalam produksi (mesin rosak, kekurangan tenaga kerja, lambat output) dan segera melaporkannya.

4. Laporan & Dokumentasi



Menyediakan laporan pengeluaran harian/mingguan kepada pihak pengurusan. Menyimpan rekod penggunaan bahan mentah dan hasil pengeluaran. Membantu dalam proses audit dalaman dan pemeriksaan luar (halal, KKM, dsb.).
Job Type: Full-time

Benefits:

Opportunities for promotion
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD1183687
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Jasin, M04, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned