Lokasi: Seluruh Negeri Sembilan
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa / Kontrak
Adakah anda seorang yang dinamik, rajin, dan berminat dalam bidang jualan serta pemasaran produk makanan? Adabi NS Trading Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeluar produk makanan terkemuka di Malaysia, sedang mencari individu yang berdedikasi untuk menyertai pasukan kami sebagai Promoter / Merchandiser.
Tanggungjawab Utama:
- Menguruskan stok sampel dan bahan promosi di booth jualan atau kawasan promosi.
- Mengendalikan demonstrasi produk (seperti demonstrasi masakan ringkas jika perlu) untuk menarik minat pembeli.
- Memantau dan mengurus tahap inventori stok produk di cawangan yang ditetapkan bagi memastikan ketersediaan produk yang mencukupi ( bila perlu)
- Mengenal pasti produk yang hampir luput tarikh (expiry date) dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur syarikat.
- Membina dan mengekalkan hubungan kerja yang baik dengan pengurus kedai dan kakitangan kedai.
- Menguruskan stok sampel dan bahan promosi di booth jualan atau kawasan promosi.
- Memastikan bahan-bahan promosi (seperti poster, wobbler, dan flyer) dipaparkan dengan betul.
Kelayakan & Keperluan:
Pendidikan: Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
Pengalaman: Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja sebagai Merchandiser / Promoter atau dalam persekitaran runcit adalah satu kelebihan. Calon baru dengan minat mendalam dalam bidang ini turut digalakkan memohon.
Pengangkutan: WAJIB mempunyai lesen memandu yang sah dan kenderaan sendiri (atau lesen GDL yang sah untuk jawatan tertentu) kerana tugas memerlukan perjalanan ke pelbagai lokasi.
Kemahiran / Perwatakkan:
- Kemahiran komunikasi interpersonal yang baik dan berkebolehan bekerja secara berpasukan.
- Mampu bekerja secara mandiri dengan pengawasan minimum dan menepati masa.
- Sihat tubuh badan dan bertenaga (kerja melibatkan mengangkat barangan dan berdiri untuk tempoh yang lama).
- Mampu bekerja pada hujung minggu dan cuti umum (mengikut jadual kerja runcit).
- Berkebolehan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Pengetahuan asas MS Office (Excel, Word) adalah bonus.
Perwatakan: Berdisiplin, proaktif, dan mempunyai sikap kerja yang positif.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: From RM1,700.00 per month
Work Location: In person
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.